KolumnisUtama

Tragedi Darul Ittifaqiah merungkai mereka yang membenci institusi Islam

Alhamdulillah, misteri tragedi kebakaran Darul Ittifaqiah telah terjawab. Namun, kerosakan telah berlaku, yang terkorban juga tidak akan kembali lagi.

Kita menangisi dan bersimpati dengan semua pihak; ibu bapa pelajar, pihak pengurusan termasuk juga anak-anak kita yang merancang dan melakukan angkara tersebut. Betapa bejatnya keadaan hari ini.

Bagaimana pula masa akan datang?

Sebagai muslim, kita percaya bahawa Allah telah sediakan penyelesaian kepada segala permasalahan ini. Islam sebagai penyelesaian. Cuma pelaksanaannya perlu bersepadu dan bersungguh-sungguh. Tidak boleh ambil separuh-separuh.

Antara usaha-usaha tersebut adalah melahirkan institusi-institusi agama yang membantu pelaksanaan secara tersusun dan terancang, yang tentunya lebih berkesan berbanding pelaksanaan secara individu atau kelompok kecil.

Institusi seperti maahad tahfiz, jabatan agama, NGO Islam merupakan contoh-contoh kepada institusi yang dimaksudkan.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua, apabila berlaku sesuatu isu yang melibatkan institusi-institusi ini, sama-samalah kita mencari kepastian terlebih dahulu dan tidak bersikap reaktif lalu mengeluarkan kata-kata dan ucapan-ucapan yang akhirnya digunakan oleh musuh-musuh untuk menutup atau paling kurang melemahkan institusi-institusi ini.

Pecayalah, di luar sana ada pihak-pihak yang melihat kepada institusi-institusi ini dengan pandangan benci dan iri hati.

Kita boleh lihat melalui ucapan-ucapan mereka tempoh hari. Masing-masing ada agenda mereka yang tersendiri. Jangan pula ucapan penuh ikhlas kita dijadikan jambatan untuk mereka sampai kepada tujuan jahat mereka.

Nauzubillahiminzalik.

Ust Ramadhan Awang

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply