Qaradawi: Lemahnya umat Islam menjadikan Israel berani
DOHA, 17 Julai- Akibat sikap lemah serta perselisihan samada dikalangan pimpinan atau umat Islam itu sendiri akhirnya menyebabkan rejim zionis Israel berani bertindak sesuka hati menyakitit umat Islam di Palestin dan Masjid al-Aqsa khususnya.
“Zionis Israel tidak akan berani melakukan kazaliman ini melainkan setalah dipastikan pemerintah orang Islam hanya sibuk dalam memerangi rakyatnya yang juga merupakan saudara seagama mereka sendiri”
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian sebegai respon kepada tindakan Israel yang menghalang umat Islam melakukan solat Jumaat di sana baru-baru ini.
“Dimana umat Islam saat musuh Islam menghalang kita melakukan ibadah fardhu di rumah Allah dan mengotori tanah suci umat Islam?”
Menurut laporan Al Jazeera, baru-baru ini polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.
Saluran berita bebas negara Arab itu turut melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.
Tindakan menghalang melakukan solat jumaat ini merupakan kali pertama sejak tahun 1969 dimana rejim zionis telah melakukan perkara yang sama hingga menyebabkan umat Islam terpaksa melakukan solat Jumaat di jalan-jalan dan pintu disekeliling Masjid al-Aqsa.
sumber disini