Imam Masjid al-Aqsa: Kami tidak akan tunduk kepada keangkuhan Israel

PALESTIN, 20 Julai- Rakyat Palestin selamanya tidak akan tunduk kepada keangkuhan yang ditunjukkan oleh Israel walaupun dengan pelbagai ancaman yang dibuat mereka ke atas rakyat Palestin.

“Kami tidak akan masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu eloktronik ini kerana masjid ini adalah milik umat Islam yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan sekelian alam iaitu saat ianya menjadi qiblat pertama kami ”

Syiekh Dr Ikrima Sabri, Imam Masjid al-Aqsa berkata demikian dalam satu sidang media baru-baru ini sebagai menolak pemasangan pintu elektronik di setiap pintu Masjid al-Aqsa.

Tambah beliau pemasangan pintu elektronik ini tiada kaitan langsung dengan keselamatan, ianya hanyalah untuk menunjukkan bahawa mereka (Israel) kini telah menjadi tuan kepada masjid ini.

Semalam media melaporkan bahawa beliau telah cedera selepas ditembak rejim Zionis ketika menunaikan solat di luar pintu pagar masjid berkenaan sebagai bantahan terhadap pintu elektronik tersebut.

Ketegangan sejak baru-baru tercetus selepas dua anggota keselamatan Israel mati dibunuh di kawasan berkenaan minggu lalu.

Israel bertindak menutup masjid itu pada Jumaat lalu sebelum membuka semula tetapi mengenakan langkah ke­selamatan baharu yang dibantah umat Islam. Bantahan turut dibuat dengan menunaikan solat Jumaat di perkarangan masjid Al-Aqsa.

 

sumber berita disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *