BeritaUtama

al-Qaradaghi: Ulama sepatutnya takut hanya kepada Allah, bukan manusia

ISTANBUL, 19 Julai- Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru supaya ulama pada hari ini tidak sepatutnya takut kehilangan harta, pangkat bahkan dibenci manusia lain dalam menyatakan perkara al-Haq (kebenaran).

“Ulama sepatutnya menolak semua ketakutan ini serta hanya meletakkan perasaan takut itu kepada Allah swt”

Sheikh Ali Muhiuddin al-Qaradaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam satu seminar berkaitan isu al-Quds di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Katanya lagi seorang ulama bukanlah hanya mewarisi Nabi saw pada ilmu semata-mata, tetapi mereka sepatutnya turut mewarisi perjuangan al-Islah (merubah suasana), kepayahan, pengorbanan serta ketegasan dalam menyatakan kebenaran tanpa takut kepada sebarang azab daripada manusia.

“Ulama adalah qudwah serta pemimpin kepada umat Islam hari ini, bagaimana kita ingin mengharapkan umat Islam berkorban serta bersatu dalam perjuangan sedangkan ulama terus bertelagah sesama mereka serta hidup dalam kesenangan”

Ujar beliau lagi maka penyelesaian kepada segala kemelut dan cabaran yang dihadapi umat Islam pada hari ini hanya dapat diselesaikan apabila ulama kembali sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka.

“Walau apa pun yang berlaku pada umat Islam hari ini, hendaklah kita tidak berputus asa dan yakin bahawa bantuan Allah akan hadir suatu hari nanti” tegasnya.

 

sumber berita disini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *