Dunia semakin hancur akibat kelalaian Umat Islam
Keadaan umat Islam hari ini semakin hari semakin dihimpit dan ditekan oleh pelbagai pihak. Baru-baru ini muka depan sebuah akhbar yang memaparkan seolah-olahnya umat Islam sebagai pemimpin keganasan.
Hari ini jika disebut pengganas, secara automatik semua akan menunding jari kepada umat Islam. Seolah-olahnya Islam agama rasmi bagi keganasan.
Memetik daripada ucapan Abu Hasan Ali an-Nadwi tahun (1998) beliau mengutarakan kita perlu merenung kembali sejarah dunia 1400 tahun yang lepas. Kita dapati dunia berada di bawah kuasa agama berhala. Dunia berada dalam keadaan yang sangat kucar kacir dan huru hara di bawah pemerintahan kezaliman. Di situ terbit cahaya Islam melalui seruan Allah SWT kepada umat Islam. firmanNya :
(والذين كفروا بعضهم أولياء بعض إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير)
Ertinya : Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Surah Al-Anfal: 73)
An-Nadwi menambah, Allah SWT menyeru umat Islam dengan bilangan mereka yang kerdil ketika itu 1500 orang supaya bersatu dan bertindak menentang kezaliman yang berlaku di dunia dengan persatuan orang kafir yang merosakkan bumi.
Di sinilah lahirnya peranan umat Islam supaya selamatkan bumi ini dari kerosakan. Dengan menyebarkan Islam dan Iman kepada semua umat manusia. lalu Islam telah merubah wajah dunia dengan sinar cahaya yang baharu dan segar. Memberi harapan baru kepada umat Islam.
Hari ini kita lihat ketamadunan yang dicapai oleh negara-negara barat. kita juga melihat kesatuan mereka atas agenda-agenda kekufuran. begitu juga sebaliknya umat Islam saling berpecah dan berkelahi di sana sini. Negara-negara Islam yang dahulunya utuh sedang bergolak dengan perang saudara.
Bagi yang memahami intipati ayat al-Quran di atas akan mengerti, dunia hari ini menuju ke arah kehancuran, kerosakan, keretakan. Sebabnya ialah umat Islam sendiri yang tidak memikul peranan asasi mereka yang telah digariskan oleh al-Quran.
Oleh itu, saya menegaskan di sini, sempena dengan bulan ramadhan al-mubarak ini, Umat Islam perlu kembali bermuhasabah. Melihat kembali apakah peranan yang dipikulkan oleh Allah SWT kepada mereka. Mereka perlu bertindak sebagai penjaga keamanan, kemakmuran bumi dan keselamatan semua makhluk.
Peranan menyebarkan Islam dan Iman ini perlu dimainkan semula oleh umat Islam jika kita ingin kan keamanan di muka bumi. Setiap umat Islam kena mengganggap dirinya sebagai pemikul amanah ini.
Oleh itu, saya di sini mencadangkan :
1. Setiap umat Islam mula mencebur diri dalam bidang dakwah sesama umat Islam dan bukan Islam. Usaha yang sedikit jika dilakukan oleh ramai akan besar impaknya khususnya di Malaysia ini.
2. Apa jua serangan terhadap Islam perlu ditepis dan diperangi bersama sekerasanya.
3. Islam perlu disebarkan kepada semua dengan jelas dan terang supaya semua dapat menilai dengan baik. kita boleh memanfaatkan medium pejabat mufti dan yang berautoriti untuk mendapatkan kesahihan.
3. Elakkan perpecahan sampingan antara kita dan cari tirik persamaan.
Dengan itu, kita kembalikan sinar baru kepada umat manusia dengan Islam dan pengajaran Islam.
Umat Islam umah DAKWAH. Sekian.
Rujukan :
1. al-Quran al-karim
2. Abu Hassan Ali annadwi, tanggungjawab umat Islam di hadapan umat manusia dan alam semesta, Makalah diterbitkan oleh nadwah ulama lakno, 1998 m.
Ust Muhammad Ikram Abu Hassan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)