Wajib membongkar kelompok bawa fikrah seleweng daripada Islam

soleh fauzan

Syiekh Dr Soleh Fauzan berpendirian bahawa menjadi satu tanggungjawab bahkan ianya adalah wajib kepada umat Islam samada pemimpin masyarakat atau pemimpin negara sendiri untuk menyampaikan kepada seluruh masyarakat akan kewujudan kelompok yang mempunyai fikrah yang menyimpang daripada ajaran Islam.

“Menentang kelompok yang membawa kefahaman yang seleweng daripada Islam, membongkar segala perancangan mereka yang berniat buruk kepada umat Islam adalah satu kewajipan”

Beliau yang merupakan ahli Majlis Ulama Arab Saudi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang beliau baru-baru ini.

Ujar beliau pendirian ini adalah berasaskan bahawa penentangan kelompok ini terhadap Islam adalah jelas walaupun mereka menggunakan slogan-slogan Islam namun hakikatnya mereka sedang membawa perpacahan yang bakal mengancam Islam dan negara.

Tambah beliau lagi ancaman fikrah daripada kelompok ini hakikatnya tiada beza dengan ancaman secara fizikal yang dihadapi oleh sesebuah negara bahkan kata beliau keamanan luaran itu hanya akan tercapai apabila keamanan fikrah itu berjaya dikawal.

“Menjadi satu tanggungjawab kepada setiap ahli dalam masyarakat itu menyampaikan sesama mereka akan kewujudan kelompok hinggakan individu yang memiliki fikrah seleweng daripada Islam agar keamanan sejagat terus terpelihara”

Majlis Ulama Arab Saudi sejak tahun lepas telah mengadakan kempen “memelihara kesucian Islam, menolak kefahaman melampau dan terorisma” sebagai satu langkah memelihara umat Islam daripada kefahaman menyeleweng seperti fikrah ISIS.

Kempen tersebut melibatkan perlbagai aktiviti pada semua peringkat masyarakat, samada memberi kesedaran akan manhaj Islam yang sebenar berkaitan keadilan dan wasatiyah kepada masyarakat umum juga secara tertutup seperti kepada pemimpin negara dan juga pimpinan tentera di negara Arab Saudi.

 

Sumber: http://www.alfawzan.af.org.sa/node/16233

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *