Bersatulah Umat Islam sebelum kita menyesal

serangan bom

QATAR, 22 Ogos- Syaikh Prof Dr Ali Muhyiddin Al Qurrah Daghi menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu menentang segala ancaman yang sedang dihadapi oleh umat ini terutama dalam hal serangan yang berterusan oleh musuh-musuh Islam.

"Pengeboman di Gaza, pengeboman di Syria, pengeboman di Iraq, pengeboman di Yaman serta pengeboman di Libya menjadi saksi bagaimana musuh Islam bersatu dalam menentang kita"

Beliau yang merupakan setiausaha Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia berkata demikian dalam status twitternya baru-baru ini.

Hari ini agensi media ismaweb.net melaporkan lebih daripada 500 rakyat Syria maut dalam tempoh seminggu di Aleppo akibat serangan berterusan oleh tentera Russia dan rejim Basyar.

Agensi Al-Jazeera pula melaporkan sejak semalam jam 10 malam (waktu tempatan) tentera rejim Israel telah melancarkan puluhan peluru berpandu ke Semananjung Gaza beserta serangan tentera melalui darat.

"Bersatulah kita dalam memelihara nasib umat ini sebelum kita gigit jari akibat penyesalan suatu hari nanti" akhiri beliau dalam status tersebut. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *