Ulama Muda MUIS diseru untuk terus menuntut ilmu

photo_2016-03-21_10-10-33BANGI, 21 Mac-  Syiekh Dr Ali Sayed menyeru supaya umat Islam umumnya serta ulama khususnya perlulah senitasa berada dalam keadaan mendahagakan ilmu serta mencintai hidup dalam budaya ilmu.

“Aku mewasiatkan pada kamu semua yang masih lagi syabab (pemuda) supaya untuk senitasa berada dalam dunia ilmiah. jika ada peluang sambunglah pelajaran anda ke peringkat sarjana samada dalam bentuk sepenuh masa atau sambilan jika terlalu sibuk dengan kerja”

Tambahnya lagi, pengalaman peribadi beliau sendiri banyak mengajar erti mencintai ilmu ini dimana beliau yang merupakan lepasan dalam bidang usuluddin namun pada suatu masa mampu menulis hal dalam bidang dakwah kristianisasi di Malaysia serta tamadun Islam umumnya kerana beliau sentiasa yakin kita sebagai ulama mesti berani untuk meneroka bidang-bidang yang pelbagai.

photo_2016-03-21_10-06-45

Beliau yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Al-Azhar berkata demikian dalam satu Multaqa Ulama Muda anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) pada hari Sabtu yang lalu yang diadakan di dewan utama Ibu Pejabat ISMA.

Tambahnya lagi, selain menuntut ilmu seorang ulama juga perlu hidup dan bergerak dalam dunia dakwah supaya segala ilmu yang dia dapat itu menjadi suatu ilmu yang hidup serta menggerakkan manusia-manusia yang lain.

“Aku masih ingat lagi pesan seorang guruku yang menyebut: al-aqlu (akal) tanpa adanya hamasah (semangat untuk bergerak) adalah suatu yang sia-sia juga al-hamasah tanpa al-aqlu akan melahirkan tindakan yang tidak tepat”

Prof Dr. Ali Sayed Abdel Hamed Youssef As-Syimi adalah merupakan seorang ulama yang mendapat pendidikan daripada Al-Azhar sejak ijazah sarjana muda hinggalah ke PhD dalam bidang Usuluddin. Beliau juga telah mengajar di pelbagai universiti di Malaysia sejak tahun 1998 hinggalah ke hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *