Ulama sepatutnya berperanan menyatukan Umat Islam

 

ziarah dr jamal

Pertubuhan Ulama Ahlus Sunnah menyeru agar Golongan ulama yang wujud pada hari ini sepatutnya berperanan untuk menyatukan umat Islam di atas kepelbagaian yang wujud dan bukan terus memecah belahkan serta memburukkan keadaan umat yang telah sedia wujud.

Setiusaha Pertubuhan Ulama Ahlus Sunnah, Syiekh Dr Jamal Abd Sattar berkata demikian mengulas berkenaan situasi ulama yang wujud pada hari ini.

“Ulama sepatutnya berperanan menyatukan umat dengan menyeru kearah  menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai rujukan disepakati bersama dalam menghadapi cabaran yang ada”

Tambah beliau kewujudan kumpulan Islamis seperti Salafi, Tabligh, Ikhwani dan lain-lain tidak sepatutnya menjadikan kita berpecah selagi mana kita berpegang kepada ciri utama dalam Islam itu sendiri iaitu Wasatiyah.

Beliau berkata demikian dalam suatu ziarah rasmi ke Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Bangi bersama Presiden ISMA Ust Abdullah Zaik serta wakil Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ust Rushdan Abd Halim baru-baru ini.

Pertubuhan Ulama Ahlus Sunnah adalah suatu badan yang ditubuhkan sejak tahun 2009 dengan meletakkan tujuan utama untuk mengumpulkan ulama hari ini serta ke arah melahirkan pelapis dikalangan ulama. Pertubuhan ini diterajui oleh Syiekh Dr Solah Sultan yang kini dipenjara oleh rejim As-Sisi di Mesir.

“Sikap ulama sepatutnya adalah terbuka tidak hanya terikat dengan sesuatu kelompok tertentu sahaja, mereka sepatutnya melihat kepentingan umat sebagai perkara yang paling utama dalam setiap tindakan mereka” tegas beliau lagi.

ziarah dr jamal_2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *