Persekongkolan dengan musuh Allah tidak akan memartabatkan Islam

obama comango

Bersekongkol dengan musuh Allah lebih besar maslahat untuk umat ?

Ada satu kumpulan Islam lebih suka berpakat dengan musuh Allah berbanding berpakat dengan orang yang nak pertahankan agama Allah.

Musuh Allah nak guna kalimah Allah untuk tujuan kristianisasi, mereka sokong atas dasar kebebasan beragama.

Musuh Allah nak hapuskan hak istimewa Melayu, mereka sokong atas dasar keadilan dan kesamarataan Islam.

Musuh Allah nak lantik orang kafir jadi pemimpin, mereka sokong atas alasan lebih pandai mengurus kerajaan dan bersih.

Musuh Allah nak hak LGBT diiktiraf, mereka senyap sebab tak nak ganggu sensitiviti mad’u mereka. Kata mereka semua perkara boleh dibincangkan secara diplomasi.

Musuh Allah nak hak untuk orang murtad yakni kemurtadan yang rasmi dan diiktiraf, mereka senyap dan tak kecam pula gerakan pemurtadan kerana nak jaga sensitiviti beragama dan perkauman.

Musuh Allah nak lebih-lebih hak orang bukan Islam, mereka sokong atas dasar kewarganegaraan yang dibenarkan Islam.  Akhir sekali musuh Allah nak bantai dan hancurkan Islam secara halus, mereka sokong guna hujjah Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dan Ibnu Qayyim.

Mereka tak baca tulisan kedua ulamak ini dengan jujur dan amanah bahkan hanya petik-petik perenggan yang umum lalu ditakwil kemudian dijaja ke seluruh pelusuk ahli menyatakan keabsahan tindakan bersekongkol dengan musuh Allah atas dasar ‘maslahat umat?’ dan ‘agama?’.

Saya tak pernah baca dalam sejarah persekongkolan dengan musuh Allah mampu memartabatkan Islam. Ia hanya menuju kepada kecairan identiti dan perjuangan. Itu bukan sunnah Allah, itu juga bukan manhaj Islam.

Saya tak pernah baca sifir ini dalam buku turath, dakwah dan fikrah, juga buku sejarah Islam.

Yang saya jumpa adalah dalam buku The Prince, iaitu teori politik yang masyhur, matlamat menghalalkan cara.

Bila direnung dengam mendalam, jauh sungguh bezanya, antara pemikiran seorang aktivis dengan seorang mujahid.

Persoalkanlah apa yang sedang kita ikut, adakah ia hanya melahirkan aktivis yang naif atau mampu membentuk saf mujahidin yang sedar dan peka dengan keadaan semasa ?

Hasbunallah wa nikmal wakeel

 

ust syamil

Ust Ahmad Syamil Mohd Esa

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *