Dalil Hukum Mengqadha’kan Solat

 

 

sequance-solat

 

Soalan: Boleh tak ustaz kongsi dalil yang disandarkan bagi hukum solat qadha.

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Pertamanya, perlu diketahui hukum mengqadha’kan solat adalah wajib. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh keempat-empat imam mazhab. Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni (158/2) menyatakan bahawa kewajipan mengqadha’kan solat adalah ijmak.

Persoalan berikutnya yang ditimbulkan, apakah dalil yang digunakan dalam hukum qadha’ solat? Terdapat beberapa hadith Rasulullah saw dalam perkara ini.

Yang pertama

قال صلى الله عليه وسلم – : ((من نسي صلاة أو نام عنها، فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها))؛

Maksudnya: “Barangsiapa yang terlupa menunaikan solat atau tertidur sehingga terluput waktu solat, maka kaffarahnya hendaklah dia menunaikan solat setelah menyedarinya.”

Dalam lafaz yang lain:

قال صلى الله عليه وسلم -: ((من نسي صلاة فَلْيُصَلِّ إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك))

Maksudnya: “Barangsesiapa terlupa menunaikan solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila menyedarinya, tiada kaffarah yang lain selain menggantikannya.

(HR Bukhari no 572 dan Muslim no 684)

Dalil seterusnya ialah kisah Rasulullah saw dan para sahabat tertidur hingga luput waktu Subuh, kemudian para Sahabat bertanya: ” Apakah kaffarah atas perbuatan kami mensia-siakan solat?

في قصة نوم الرسول صلى الله عليه وسلم وأصحابه عن صلاة الفجر فَجَعَلَ الصحابة بَعْضُهم يَهْمِسُ إِلَى بَعْض :”ٍ مَا كَفَّارَةُ مَا صَنَعْنَا بِتَفْرِيطِنَا فِي صَلاتِنَا ” فقَالَ رسول الله : ” أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ إِنَّمَا التَّفْرِيطُ عَلَى مَنْ لَمْ يُصَلِّ الصَّلاةَ حَتَّى يَجِيءَ وَقْتُ الصَّلاةِ الأُخْرَى فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَلْيُصَلِّهَا حِينَ يَنْتَبِهُ لَهَا “.

Maka jawab Rasulullah saw:

“Sesungguhnya tidur (sehingga luput waktu solat dengan tidak sengaja) bukan termasuk mensia-siakan solat. Yang disebut mensia-siakan solat adalah mereka yang menangguhkan solat, hingga masuk waktu solat berikutnya. Siapa yang tertidur hingga luput waktu solat maka hendaknya dia laksanakan ketika bangun (dari tidurnya)” (HR. Muslim no 681)

Hadith-hadith yang telah dikemukakan di atas adalah merupakan antara dalil yang digunakan oleh para ulama’ dalam hukum qadha’ solat.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

http://majles.alukah.net/t13687/

http://islamqa.info/ar/13664

 

wan muhdUstaz Wan Muhammad bin Mior Ismail
Ahli Majlis Ulama’ ISMA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *