BeritaUtama

Pembunuhan di Kenya suatu kekejaman berasaskan hawa nafsu.

qardawi

Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyifatkan pembunuhan keatas lebih 140 orang di Kenya baru-baru ini sebagai pembunuhan yang kejam yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan kefahaman Islam yang sebenar.

“Persatuan ulama mengutuk serangan pembunuhan tersebut serta menyifatkan ianya suatu tindakan kejam dan keganasan, juga menuntut qisas yang adil keatas mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut”

Pengerusinya, Syiekh Dr Yusuf Al-Qardawi berkata demikian melalui suatu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Kesemua mereka yang terbunuh adalah mereka yang tidak bersalah dikalangan pelajar-pelajar dan juga guru, maka atas dasar itu kami menengaskan bahawa agama Islam berlepas diri daripada tindakan mereka itu”

“Islam mengharamkan untuk seseorang itu mengambil nyawa manusia lain melainkan atas kebenaran, sedangkan apa yang berlaku di Kenya jauh daripada kebenaran yang dimaksudkan syarak” tegas beliau.

Beliau juga menyeru supaya  mereka yang bertanggungjawab itu perlu dibawa kemuka pengadilan kerana bukan sahaja atas sebab pembunuhan tetapi atas dasar mereka telah memburukkan Islam dan umatnya.

Pada 2 April baru-baru ini, sekumpulan pengganas daripada militan Al-Shabab yang berpengakalan di Somalia telah menawan universiti Garrisa hingga akhirnya menyebabkan lebih daripada 140 orang dikalangan pelajar dan juga guru yang mati dibunuh.

“Kami menyampaikan takziah kepada ahli keluarga, masyarakat serta seluruh rakyat Kenya atas kejadian ini”

Leave a Reply