KolumnisUtama

Keegoan agamawan serta kejahilan masyarakat yang membinasakan umat

al-quran

Ada sebahagian manusia dikalangan golongan agamawan mempunyai keegoan sehingga tidak mahu menzahirkan bahawa dia jahil akan sesuatu perkara, malu untuk menyatakan dia tidak tahu pada perkara yang hakikatnya memang dia tidak mempunyai ilmu keatasnnya. Lalu dia gopoh serta bermudah dalam memberi fatwa maka sesatlah seluruh umat, bukan hanya pada orang bertanya tersebut. Keadaan atau suasana ini terlalu banyak kita dapat lihat wujud pada hari ini.

Sebahagiannya memetik dua, tiga dalil Al-Quran dan Hadis kemudian dengan segera memberi kesimpulan menggunakan akal (pandangan) dia semata-mata, seolah-olah dialah orang yang paling memahami maksud sebenar disebalik ayat tersebut. Bahkan tanpa malu memperlekeh ulama-ulama terdahulu seperti menyabut mereka menulis tanpa ada metadologi atau pandangan mereka adalah kolot.

Rasulullah SAW sudah memperingatkan kita akan kewujudan kelompok ini di akhir zaman kelak:

عن عبدالله بن عمرو بن العاص، قالَ:

 سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: إِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِالْعُلَمَاءِ حَتّىَ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا

Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka.

Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Muttafaq ‘Alaih)

Perlu kita faham,antara Sunnah yang disarankan Rasulullah SAW ialah hendaklah seorang muslim itu tidak menjawab suatu persoalan yang memang benar-benar dia tidak tahu.

”Sesiapa berfatwa sebelum yakin akan kebenarannya (fatwa tersebut), maka dosanya bagi yang berfatwa.” (HR Ibnu Majah)

Bahkan kita lihat dalam hadis lain, tidaklah menjadi suatu beban untuk Rasulullah SAW sendiri menyatakan “aku tidak tahu” pada persoalan yang baginda tidak ketahui.

؛ فقد روى أحمد -وقال الألباني: صحيح- عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ؛ أَيُّ الْبُلْدَانِ شَرٌّ؟ قَالَ: فَقَالَ: «لَا أَدْرِي». فَلَمَّا أَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ قَالَ: «يَا جِبْرِيلُ؛ أَيُّ الْبُلْدَانِ شَرٌّ؟» قَالَ: لَا أَدْرِي حَتَّى أَسْأَلَ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ. فَانْطَلَقَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَمْكُثَ، ثُمَّ جَاءَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّكَ سَأَلْتَنِي: أَيُّ الْبُلْدَانِ شَرٌّ؟ فَقُلْتُ: لَا أَدْرِي، وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ: أَيُّ الْبُلْدَانِ شَرٌّ؟ فَقَالَ: أَسْوَاقُهَا.

Dari Muhammad bin Jubair bin Muth’im dari ayahnya, sesungguhnya ada seorang yang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata,“Wahai rasulullah tempat apakah yang paling buruk?”.Jawaban Rasul:“Aku tidak tahu”. Ketika Jibril datang menjumpai Nabi, beliau bertanya kepada Jibril: “Wahai Jibril, tempat apakah yang paling buruk?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu.

Kutanyakan dulu kepada Rabbku (Allåh) azza wa jalla”. Jibril lantas pergi; kemudian setelah beberapa waktu lamanya, Jibril datang dan berkata: “Wahai Muhammad, engkau pernah bertanya kepadaku tentang tempat yang paling buruk, lalu jawabku adalah aku tidak tahu. Hal itu telah kutanyakan kepada tuhanku azza wa jalla,‘Tempat apakah yang paling buruk?’. JawabNya, “Pasar”.

Begitu juga Sahabat RA, istilah “tidak tahu” itu seolah-olah sudah menjadi sebahagaian daripada ungkapan kebiasaan mereka.

 قال عبد الله بن مسعود رضي الله عنه؛ فقد روى البخاري عَنْه أنه قال: مَنْ عَلِمَ فَلْيَقُلْ، وَمَنْ لَمْ يَعْلَمْ فَلْيَقُلِ: اللَّهُ أَعْلَمُ. فَإِنَّ مِنَ العِلْمِ أَنْ يَقُولَ لِمَا لاَ يَعْلَمُ: لاَ أَعْلَمُ.

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata :Barangsiapa diantara kalian yang memiliki suatu ilmu, hendaklah ia mengatakannya. Dan barangsiapa yang tidak memiliki ilmu, katakanlah dalam permasalahan yang ia tidak ketahui itu : ‘Allaahu a’lam’ (Allah lebih mengetahuinya), karena seorang ulama itu adalah seorang yang jika ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya ia akan mengatakan : ‘Allahu a’lam’. (riwayat Bukhari)

Hakikatnya fitnah berkaitan agama Islam yang banyak muncul pada hari ini bukanlah hanya disebabkan tindakan pihak golongan agamawan sahaja. Tetapi ianya adalah perbuatan salah yang timbul daripada kedua-dua belah pihak samada masyarakat yang ada serta golongan agamawan yang memandu.

Sikap golongan agamawan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu pandangan atau fatwa serta masyarakat pula bermudah-mudah dalam melantik siapa yang akan dijadikan rujukan. Hal ini jelas disebut dalam hadis diawal tadi, kehancuran itu bermula apabila masyarakat yang telah bersikap mengangkat pemimpin dikalangan juhala’ (orang jahil).

Siapa yang baca Al-Quran sedap, berserban panjang, mempunyai sijil pendidikan hingga PhD, menjuarai sesuatu pertandingan realiti maka dia terus digelar ulama yang sepatutnya dirujuk. Segala persoalan dirujuk kepada mereka hinggalah kepada hal berkaitan negara walaupun hakikatnya dia sendiri langsung tidak pernah membaca perkara berkaitan siyasah syariah. Timbangan ini salah dan perlu diperbetulkan.

Ketidak seriusan kita dalam menghadapi masalah ini akan menghancurkan umat keseluruhannya. Kerana bermula dengan rosaknya kayu timbangan masyarakat maka akan melahirkan tindakan salah dalam hal golongan yang dijadikan rujukan, lalu kesalahan itu akan dibawa kepada bermudah dalam melantik pemimpin. Ketika suasana itu wujud, ianya adalah lambang kejatuhan sesebuah umat.

Kebenaran adalah kebenaran, kebenaran adalah milik Allah SWT yang telah diletakkan olehNya di dalam Islam itu sendiri. Memahami kebenaran (Islam) hendaklah berpandukan Al-Quran, As Sunnah serta panduan golongan salafussoleh yang telah lama menyinari jalan ini.

Jadikalan kata-kata Saidina Ali ini sebagai prinsip hiup kita:

يعرف الرجال بالحق ولا يعرف الحق بالرجال

Seseorang itu dikenali dgn kebenaran yang dipegangnya dan bukanlah kebenaran itu dikira dari siapa yang mengucapkannya.

firdaus

Ust Muhammad Firdaus bin Zalani

Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply