Fiqh SemasaSoal JawabUtama

Zakat simpanan terhadap pembiayaan hutang

zakat

Sy ada buat pinjaman sebyk RM100k dgn bank utk melabur dlm ASB bg tempoh 10 tahun. Bayaran pinjaman dibuat secara bulanan. Setiap tahun sy akan dapat dividend. Soalan sy, apabila cukup haulnya adakah sy perlu mengeluarkan zakat sbg zakat wang simpanan.

Pertama sekali saudara mestilah memastikan saudara membuat pembiayaan secara islamik iaitu dengan mengambil khidmat dari mana-mana institusi perbankan Islam yang diiktiraf Bank Negara Malaysia.

Untuk pengetahuan saudara, pembiayaan yang dibuat tersebut adalah liability atau hutang yang perlu dibayar kepada bank. Maka tidak diwajibkan zakat ke atas saudara yang bukan pemilik penuh kepada harta tersebut, kerana zakat hanya diwajibkan ke atas pemilik harta, tidak selainnya, apabila sudah cukup nisab dan haul.

Mengenai duit yang dilaburkan ke dalam saham ASB, pada asalnya pemilikan unit saham tersebut adalah pemilikan penuh/sempurna (ملكية تامة)  di mana pemegang unit saham boleh bertasarruf (bertindak tanduk ke atasnya seperti menjual, dan lain-lain urusan) dengannya pada bila-bila masa sahaja. Maka saham tersebut akan dikenakan zakat apabila sudah cukup nisab dan haul.

Cara kiraannya adalah seperti berikut :

(Nilai saham ASB saudara) + (dividen yang diperoleh) –  (hutang pembiyaan bank yang sudah matang) = Jumlah harta pemegang saham  dengan pemilikan penuh.

Jumlah harta pemilikan penuh (ملكية تامة) inilah yang akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% sekiranya sudah cukup nisab dan haul.

Namun, dalam situasi seseorang membuat pembiayaan secara islamik dari mana-mana institusi perbankan Islam untuk dilaburkan ke dalam saham ASB yang biasanya tidak membenarkan beliau membuat pengeluaran atau penjualan saham tersebut (tidak boleh bertasarruf dengannya) sehingga selesai bayaran penuh kepada bank yang menyediaakan pembiayaan tersebut, maka pemilikan beliau ke atas unit saham tersebut bukanlah pemilikan  penuh.

Oleh itu sudah tentu zakat tidak akan dikenakan ke atas beliau kerana beliau tidak miliki pemilikan penuh ke atas unit saham tersebut.

Wallahua’lam

 

ahmad k

Ust Ahmad bin Khairuddin
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply