Hudud bukti kesediaan untuk tunduk kepada Syariat

old quran

Wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw adalah untuk menyeru manusia mengesakan Allah swt sebagai Rabbul ‘Alamin (Tuhan Sekalian Alam). Risalah tauhid ini mengandungi 3 asas utama iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak. Aqidah Islam menolak segala perhambaan sesama manusia samada kepada individu, objek, pemerintah maupun cara fikir..

Syariah Islam adalah cara hidup yang ditegakkan atas dasar aqidah yang sahih yang merangkumi segala urusan ibadah, muamalat (ekonomi), munakahat (nikah kahwin) dan juga jinayat (jenayah). Islam bukan agama yang terbatas kepada hubungan manusia dengan Tuhan sahaja. Islam menitik beratkan hubungan seorang hamba dengan Pencipta dan juga sesama manusia.

Akhlak pula adalah buah yang terhasil daripada pohon syariah yang subur. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menegaskan tujuan pengutusan baginda saw adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Inilah kehebatan Islam dan keindahannya.

Kefahaman yang jelas terhadap prinsip-prinsip asas Islam ini memudahkan masyarakat Islam di Malaysia dalam memahami semua peristiwa semasa yang berkait rapat dengan Islam dan isi kandungannya. Ramai masyarakat tidak memahami dengan jelas perkara ini lalu mudah membawa kepada keraguan yang songsang.

Bagi saya, mesej utama daripada cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan adalah umat Islam bersedia untuk tunduk kepada syariat Islam. Ini merupakan satu pencapaian besar dalam dakwah di Malaysia. Tunduk dan patuh kepada arahan wahyu. Firman Allah swt:

33:36

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (36:Al-Ahzab)

Usaha mana-mana individu mahupun organisasi yang membawa kepada pengukuhan Islam mestilah disambut dengan sokongan yang teguh oleh semua masyarakat Islam. Ini dikira sebahagian daripada konsep wala’ dan bara’ dalam Islam.

5:50

“ Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?” (50:Al-Maidah)

Orang Islam mesti yakin bahawa tiada undang-undang ataupun peraturan hidup yang lebih baik daripada syariat Islam. Segala idea, aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam mestilah ditolak secara terus oleh seorang muslim.

Pendirian parti haluan kiri DAP dan juga organisasi pro barat begitu jelas dalam isu ini. Mereka menolak hudud bukan kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan kerana itu boleh diurus menggunakan institusi Parlimen. Mereka menolak hudud kerana tidak mahu tunduk kepada syariat Islam. Bagi mereka, cadangan pelaksanaan Hudud ini boleh menjejaskan cita-cita mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang tiada kaitan dengan Islam.

Sebarang usaha untuk mendaulatkan Islam adalah ancaman kepada projek kotor mereka.

shuhaib
 
 
 
Ust Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *