Tasamuh dengan bukan Islam ada batasannya

stop

Tasamuh (dalam bahasa melayunya :berbudi pekerti atau berbuat baik) kepada bukan muslim adalah perkara yang diharuskan. Namun ia tetap mempunyai batas-batas yang perlu dijaga supaya tidak terjerumus dalam perkara yang dilarang Allah swt. Antara batas-batas atau garis panduannya adalah :

1. Tasamuh dengan bukan Islam hendaklah tidak sampai ke tahap mencintainya dan saling berkasih sayang dengannya (dalam ertikata wala’). Sepertimana pesan Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Al-Fath: “buat baik,berhubungan, dan ihsan dengan orang kafir tidak melazimkan kasih sayang, saling mencintai dengan mereka yang memang telah dilarang.” (Fathu Al-Bari li Ibni Hajar 5/233)

2. Menurut Imam As-Syahid Syed Qutub, tasamuh yang diharuskan mestilah tidak sampai tahap meredhai orang kafir kekal dengan agama mereka Qutub (Tafsir fi Zilal Al-Quran 2/910)

3. Menurut Syed Qutub lagi, tasamuh yang dibolehkan hanyalah dalam muamalah individu. Bukan dalam isu aqidah (Tafsir fi Zilal Al-Quran 2/912)

4. Kita hanya boleh tasamuh dengan mereka sekiranya mereka tidak memusuhi dan memerangi kita. Sepertimana firman Allah swt :

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (Al-Mumtahanah : 8)

5. Tasamuh kepada bukan Islam juga juga jangan sampai ke tahap mentaati sebarang arahan dan tuntutan mereka yang bercanggah dengan Syara’. Ini sudah termaktud dalam Al-Quran dalam Surah Luqman yang menjelaskan mengenai perkara ini. Seorang anak hendaklah berbuat baik kepada ibubapanya sekalipun mereka berdua kafir, namun diharamkan taat arahan mereka yang menyuruh mensyirikkan Allah. Firman Allah swt :

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا

“Dan jika kedua (ibubapa) memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik” (Luqman : 15)

 

Wallah A’lam

ahmad k
 
Ust Ahmad bin Khairuddin
BA (Hons) Shariah, Fiqh & Usul Fiqh, Jordan
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *