Takziah atas pemergian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

nik2

الحمد لله، والصلاة والسلام على محمد رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه.. وبعد :

عن عبدالله بن عمرو بن العاص، قالَ:

 سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: إِنَّ الله لا يَقْبضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزعُهُ مِنَ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقِبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتّىَ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوسَاً جُهَّالاً ، فَسُئِلُوا ، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْم ، فَضَلُّوا وأَضَلُّوا

(متفق عليه)

Daripada Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ‘ulama (orang-orang ‘alim) sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat Juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (Muttafaq ‘Alaih)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat , Mursyidul AM PAS serta bekas Menteri Besar Negeri Kelantan pada malam tadi jam 9.40 malam bertarikh 12 Febuari 2015.

PAS kehilangan seorang ulamak yang berwibawa, al-marhum adalah seorang pimpinan Ulamak PAS yang jelas dan tegas dalam pendirian beliau, berani menyatakan kebenaran, walaupun kadangkala ianya tidak disukai kawan, apatah lagi lawan. Kesungguhan serta kegigihan al-marhum dalam memastikan tertegaknya undang-undang Hudud adalah salah satu contoh ketegasan al-marhum.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al-marhum dan juga seluruh ahli PAS atas kehilangan al-marhum. Kami berkata seperti mana yang Allah SWT ajarkan apabila seseorang Muslim ditimpa musibah:

انا لله وانا اليه راجعون

Semoga Allah SWT memasukkan al-marhum bersama-sama dengan para Anbiya’ dan Mursalin,Sodiqin,  Syuhada’ dan Solihin, dan memberikan gamjaran yang melimpah ruah di atas segala jerit perit dan pengorbanan yang telah beliau curahkan di dalam perjungan Islam ini.

Majlis Ulama ISMA (MUIS) mengajak seluruh umat Islam menjadikan al-marhum sebagai contoh dan qudwah dalam kesungguhan perjuangan bagi memastikan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini serta kesederhaan hidup sebagai seorang pemimpin.

تِلۡكَ أُمَّةٌ۬ قَدۡ خَلَتۡۖ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَلَكُم مَّا كَسَبۡتُمۡۖ وَلَا تُسۡـَٔلُونَ عَمَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. (Al-Baqarah: 141)

Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga memperingatkan seluruh umat Islam akan sesungguhnya kematian itu  adalah pasti dan kehidupan akhiratlah yang akan kekal selama-lamanya.

{كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ} و {كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ}

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

One thought on “Takziah atas pemergian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

  • February 13, 2015 at 3:18 pm
    Permalink

    إنا لله وإنا إليه راجعون ..
    اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه … أعظم الله أجره وأحسن عزائه..
    اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره

    Innalillah Wa Inna Ilaihi rajiuun .

    Hilangnya seorang dari Alim Ulama’ Semoga TG Nik. Aziz ditempatkan bersama para Anbiya’ & Solihin .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *