Isu Kesalahan Merotan Anak: Menguji kesepakatan Ahli Parlimen Muslim

Rotan

1. Satu rang undang undang baru dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk menggantikan Akta Kanak kanak 2001 selewat lewatnya bulan Julai yang akan datang. Jika ia diluluskan maka merotan anak adalah melakukan kesalahan jenayah dan layak untuk mendapat hukuman .

2. Secara umumnya Islam sangat memandang berat isu pendidikan anak-anak bahkan ia menjadi tanggungjawab kepada setiap ibu bapa seperti terkandung dalam ayat 6 surah al tahrim

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

3. Dalam usaha mendidik anak anak , berbagai pendekatan sesuai dengan perkembangan kanak kanak berkenaan. Pukulan merupakan salah satu bentuk pendekatan mendidik isteri dan anak-anak. Pukulan yang dimaksudkan bukanlah sampai ke tahap mendera atau mencederakan .

Bagi isteri yang menderhaka , Allah berfirman dalam surah al nisa ‘ ayat 34

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Bagi kesalahan zina , salah satu bentuk hukuman ialah 100 kali pukulan seperti firman Allah pada ayat 2 surah al nur

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Khusus untuk mendidik anak anak agar jangan cuai melaksanakan perintah solat yang merupakan tiang agama , Islam membenarkan penjaga untuk menggunakan pendekatan memukul sebagai salah satu bentuk tarbiyyah

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَ

(رواه أبي داود)
Rasulullah SAW bersabda : Suruh lah anak anak mu mengerjakan solat ketika umurnya 7 tahun dan pukullah jika masih tidak melakukannya walaupun sudah berumur 10 tahun dan pisahkan lah tempat tidur mereka.

Bahkan ‘menggantungkan rotan’ juga sebagai salah satu mekanisme pendidikan

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

– رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
– ورواه البخاري في الأدب المفرد

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda : Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.

4. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara, dengan mengambil kira majoriti penduduk negara ini adalah umat Islam, adalah menjadi satu kewajipan ahli-ahli parlimen muslim untuk membawa suara Islam ke dalam dewan tertinggi penggubal undang undang negara dengan tidak tunduk dengan undang undang luar yang cuba dipaksakan untuk dilaksanakan di dalam negara ini.

Sebaliknya satu undang undang perlu digubal agar ibubapa yang cuai mendidik anak anak dengan ajaran Islam dianggap satu kesalahan.

5. Janganlah kes kes penderaan yang berlaku di negara ini memangsakan salah satu wasilah mendidik dalam Islam ini. Yang terlebih penting sepatutnya ialah masyarakat di ajar bagaimana sepatutnya merotan anak dengan betul sehingga ia menjadi salah satu cara tarbiyyah (pendidikan) yang berkesan.

 

Sohibul Fadhilah Ust Zamri Hashim
TImbalan Mufti Perak
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *