Bersuci dengan air musta’mal
Soalan : adakah sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi. Menurut mazhab syafie air tersebut adalah musta’mal kerana tidak melebihi 2 kolah. Tetapi dari artikel yang saya dapati dalam internet air mustakmal tersebut masih sah di gunakan berdasarkan hadis dan riwayat selagi tidak berubah sifat, rasa, bau dan warna kerana nabis s.a.w sendiri menggunakannya.
Jawapan :
Sebelum menjawab berkenaan hukum sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi , elok kiranya kita jelas terlebih dahulu perbezaan pendapat ulama berkaitan pengertian air mustakmal dan apakah hukumnya?
Sebahagian pendapat mengatakan air mustakmal adalah air yang kuantitinya kurang dari dua kulah dan telah terkena sebahagian anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama manakal.
Sebahagian yang lain mengatakan air mustakmal itu adalah air yang kurang dua kulah dan telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Hukum air musta’mal juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ . Ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh dan tidak harus bertayamum sekiranya wujud ianya. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dana air mutlak . (lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Setelah meneliti beberapa pandangan, saya lebih tenang mengambil pandangan bahawa hukum air mustakmal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis.
Pertama, pandangan ini di ambil berdasarkan dalil – dalil yang banyak berkaitan dengannya. Diantaranya adalah :
Abu Juhaifah radhiyallahu ‘anhu berkata:
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضُوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah keluar bersama-sama kami ketika waktu tengah hari, lalu dibawakan air kepada beliau untuk berwudhu’, dan beliau pun berwudhu’ dengannya. Kemudian para sahabat mengambil sisa-sisa air wudhu’ beliau, lalu mengusapkan (berwudhu’) dengannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/319, no. 181)
Imam bukhari telah meletakkan hadis ini dalam bab “ Menggunakan sisa wudu’ orang lain.
Dalam hadis yang lain:
عَبْدِ الله بْنِ زَيْدٍ سُئِلَ عَنْ وُضُوءِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ، وَاسْتَنْثَرَ بِثَلاَثِ غَرَفَاتٍ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا
“‘Abdullah B. Zaid pernah ditanya tentang wudhu’nya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu beliau minta diambilkan satu gayung air, beliau pun memperlihatkan kepada mereka cara wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air, beliau berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air lalu membasuh mukanya tiga kali dengan air yang sama… (sehingga selesai).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/317, no. 180)
Hadis-hadis ini menerangkan nabi menggunakan air yang telah di gunakan pada anggota badan untuk bersuci. Banyak lagi hadis yang menceritakan perihal yang sama.
Kedua, Allah tidak menetapkan kuantiti air yang sepatutnya untuk bersuci. Dalam pengamatan saya tidak ada dalil meneceritakan akan perihal ini.
Ketiga, sifat air mutlak itu tidak akan berubah dengan terkenanya salah satu anggota badan anak Adam.
Al-qurthubi menyatakan bahawa air mustakmal adalah seperti air mutlak. Kerana secara kebiasaanya tidak akan berubaha sifat suatu air itu dengan terkena salah satu anggota tubuh manusia.
(lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Ini bertepatan dengan hadis, Dari Abu Hurairah ra
فقال سبحان الله إن المسلم لا ينجس
Terjemahnya: “Maha suci Allah, orang mu’min tidak najis.” [Sahih, muttafaq alaih, alBukhari, kitab alGhusl,# 274]
Oleh yang demikian, berdasakan kepada hujah2 diatas hukum menggunakan air dalam baldi untuk mandi wajib adalah harus selagi mana sifatnya tidak berubah warna, bau dan rasa serta tidak terkena najis. Tambahan menggunakan air mustakmal ini haruslah di teliti agar tidak membawa kemudharatan kepada penggunanya.
Menurut Dr Yusuf Al-Qhardhawi :
“Kesucian air musta’amal bukanlah semuanya mutlak, ia hendaklah dilihat sejauh mana cara air itu menjadi musta’mal dan mengambil kira keadaan kesihatan semasa. Jika ada penyakit menular, maka hendaklah dihindarkan. Zaman dulu, seseorang menggunakan air dengan menyelam mukanya dalam besen, berkumur dan mencucui hidung dalam bekas itu, maka air musta’mal dari jenis ini hendaklah dijauhi” (Fiqh Thaharah, 41)
Wallahua’lam
Ust Ihsan Shamsuddin Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Terima kasih penerangannya ustaz