Muslim yang mengagungkan liberal barat tiada jati diri

download

KUALA LUMPUR, 21 Dis- Kelompok orang Islam yang mengangungkan falsafah barat seperti fahaman liberal, menjadikannya rujukan hingga menggunakan seolah-olah ia adalah sebahagian daripada Islam pada hakikatnya adalah kelompok muslim yang tidak ada jati diri.

“Perkara ini terjadi akibat jati diri mereka terlalu lemah lalu membawa kepada mengagungkan barat”

Presiden Parti Islah, Dr Atiyyah Adlan berkata demikian dalam salah satu sesi bengkel di ‘Seminar Projek Liberalisme: Dimensi dan Mekanisme anjuran Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) dengan kerjasama Majalah Bayyan daripada Arab Saudi.

“Mereka jahil akan hakikat Islam yang sudah ratusan tahun menyeru ke arah kebebasan yang sebenar sebelum wujudnya lagi istilah liberal”

Katanya lagi, bahkan jika kita perhatikan seruan liberal ini secara mendalam, kita akan dapati ianya bukanlah  bertujuan ke arah kebebasan yang sebenar.

“Tujuan utama falsafah liberal bukanlah kebebasan, tetapi adalah mengagungkan kehendak peribadi iaitu bertuhankan hawa nafsu.

Inilah hakikat liberal” tegasnya dihadapan lebih 10 orang wakil Majlis Ulama ISMA (MUIS) yang hadir dalam sesi perbincangan tertutup tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *