Pesta arak membawa mafsadah kepada masyarakat dan negara

Ustaz-Kamarudin-Awang-Mat-NYDP-ISMA-Kuala-Terengganu1

BANGI, 2 Oktober-Penganjuran pesta arak bukan sahaja akan memberi mafsadah kepada mereka yang terlibat tetapi turut akan merosakkan individu, masyarakat dan imej Negara Malaysia itu sendiri sebagai sebuah Negara Islam.

“Mafsadah pesta arak itu terlalu jelas samada dari sudut individu, masyarakat atau negara”

Ahli Tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Kamarudin Awang Mat berkata demikian mengulas mengeai penganjuran Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia.

Jelas beliau lagi ulama semasa telah meletakkan konsep bukan Islam dalam Negara Islam yang wujud pada hari ini sebagai akad muwatinun iaitu perjanjian kewarganegaraan bermaksud mereka ada hak serta tanggungjawab yang perlu diberikan kepada Negara.

“Banyak hak yang telah diberikan kepada mereka seperti hak membina keluarga, hak tempat tinggal, hak bebas bergerak dan lain-lain. Jadi atas dasar itu mereka ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan atas hak yang diberikan tersebut”

“Antara tanggungjawabnya adalah mereka perlu menghindari daripada mlakukan perkara-perkara yang meganggu kehidupan masyarakat seperti menghina Islam atau org Islam atau meminum dan jual beli arak secara terbuka atau apa saja yg diharamkan oleh Islam”

“Dalam kes penganjuran pesta arak ini mereka telah melanggar akad tersebut” tegas beliau.

Oktoberfest ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Beliau yang juga pensyarah Universti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menambah kerajaan dan pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri mesti memainkan peranan menjaga kesucian Islam dan masyarakatnya daripada dicemari oleh unsur-unsur yang boleh merosakkan masyarakat.

“Kes penganjuran ini perlu disiasat segera dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *