IlmiahUtama

Agama Dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim

 

 

9974_747588531945558_409385193414150168_n (1)

Agama Dan Negara:

Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim

Dr Khalif Muammar

Pendahuluan

Istilah politik sebenarnya adalah istilah yang asing dan tidak digunakan oleh umat Islam sehinggalah abad-abad terakhir ini.Dalam peradaban Islam kita memiliki perbendaharaan kata lain seperti al-siyāsah yang lebih dekat dengan jati diri umat Islam dan mencerminkan pandangan alam Islam. Namun begitu, suka ataupun tidak, kita telah terbiasa menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada suatu aspek kehidupan bernegara, adanya kerajaan atau pemerintah yang berkuasa dan rakyat yang diperintah mengikut peraturan dan undang-undang yang mengikat setiap individu dalam masyarakat agar kehidupan manusia menjadi aman dan teratur.  Walaubagaimanapun penting untuk kita sedari bahawa istilah politik yang kita gunakan ini sebenarnya datang dari suatu perspektif tententu, suatu pandangan alam (worldview) yang terpancarkan melalui istilah-istilah seumpama ini, dan pandangan alam ini tidak semestinya bersesuaian dengan pandangan alam Islam.

Perkataan politics berasal daripada perkataan “polis“, dalam bahasa Yunani yang bermaksud pemerintahan kota (city state). Aristotle (322SM) dalam bukunya The Politics mengatakan bahawa manusia adalah haiwan politik “zoon politikon” (political animal) untuk menegaskan bahawa sifat manusia pada dasarnya hidup sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, yang berkumpul dan membina suatu kota, di mana kehidupan bersosial menjadi matlamat hidupnya. Bagi Aristotle kehidupan di kota, polis, yang mensyaratkan adanya ikatan dan persatuan (association), merupakan suatu tingkat kehidupan yang menjadi pencapaian tertinggi dan matlamat akhir perkembangan manusia, kerana pada tingkat inilah kebaikan dan kebahagiaan manusia tercapai. Bertitik tolak daripada konsep ini Ibn Khaldun (1406) mengembangkan dan mengubahsuai sehingga menjadi konsep madanī, yang menjadi batu asas dalam sains ketamadunan (umrān) yang dibangunkannya.[ Konsep politik dalam peradaban Barat ini mengisyaratkan adanya dua dimensi kehidupan yang terpisah, yang satu kehidupan peribadi dan kedua kehidupan publik. Pemisahan ini untuk memberi penekanan kepada kehidupan publik/ politik sebagai puncak tertinggi usaha dan perkembangan manusia. Pemisahan ini semakin jelas di tangan John Locke (1704M) apabila beliau memisahkan antara agama dengan negara dengan alasan bahawa keduanya mempunyai ranah yang berbeza, agama menguruskan kepercayaan dan keselamatan di akhirat, sedangkan negara menjaga kehidupan manusia di dunia ini.

Untuk keseluruhan kertas kerja boleh dapatkan di:
 
Kompilasi Kertas Kerja Simposium Pemikiran Politik Islam anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS)
bit.ly/kertaskerjasppi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *