Yasir Qadhi : Akhbar The Independent cuba pecah-belahkan umat Islam

 

TheIndependentMasthead11

 

MADINAH, 3 Sept-Artikel yang disiarkan dalam akhbar The Independent yang berpusat di London mengenai kononya wujud cubaan untuk memindahkan makam Rasulullah SAW dari Madinah oleh kerajaan Arab Saudi adalah cubaan akhbar tersebut mewujudkan ketegangan antara umat Islam.

“Akhbar ini, khususnya wartawannya Jerome Taylor sejak dari dahulu lagi dia sudah menulis artikel dengan tujuan menghasut umat Islam seolah-olah kerajaan Saudi ingin merosakkan tanah suci Makkah dan Madinah”

“Antaranya seperti artikel Saudi ingin menjadikan Makkah sebagai Las Vegas keluaran 2011, Saudi ingin menhancurkan Madinah keluaran 2012  dan lain-lain lagi”

Pendakwah Islam terkenal Syiekh Dr Yusuf Qadhi berkata demikian sebagai mengutuk tindakan akhbar tersebut yang menerbitkan satu artikel bertajuk “Saudi akan memecahbelahkan umat Islam dengan cadangan supaya dipindahkan makam Rasulullah SAW”. sini

Dalam artikel tersebut Jerome Taylor menceritakan bagaimana wujudnya satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan Saudi mengenai projek supaya makam Rasulullah SAW dipindahkan ke al-Baqi’.

“Kita perlu faham kertas kerja tersebut hanya sekadar cadangan berbentuk akademik, sesiapa yang memahami penulisan akademik akan sedar bahawa tulisan kertas kerja (akademik) hanyalah perbincangan sesuatu idea dan ianya langsung tidak ada kaitan dengan perancangan sesebuah projek(tindakan).”

Tambah beliau lagi di dalam kertas kerja tersebut langsung tidak wujud cadangan supaya dipindahkan makam Rasulullah SAW, yang ada hanyalah cadangan supaya dibesarkan kawasan pengkuburan al-baqi’ dan dipindahkan masjid Nabawi supaya tidak termasuk sekali makam Rasulullah SAW.

“Tidak akan ada sorang muslim yang berani beri idea (pindahkan makam Rasulullah SAW) sebegitu kerana sudah pasti akan menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam”

Ujarnya lagi idea sebegini adalah idea kelompok yang sangat minoriti dan sudah ditentang oleh ramai pihak dan golongan ulama semasa walaupun idea tersebut adalah dengan niat yang baik.

“Bahkan jika kita lihat dalam sejarah Islam ketika pencantuman Masjid Nabawi dan makam Rasulullah SAW yang berlaku di zaman Umayyad tahun 88H, langsung tidak ada berlaku penentangan oleh mana-mana ulama samada ulama-ulama di zaman tersebut atau ulama mazhab yang muncul selepas itu”

Artikel kontroversi itu yang diterbitkan pada 1 September lalu kemudian disebarkan melalui media-media barat yang lain seperti The Times, Nationalheadlines dan lain-lain telah menimbulkan keresahan dan ketegangan dikalangan umat Islam sehinggakan persatuan Nahdatul Ulama di Indonesia mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan kerjaan Saudi akibat terpengaruh dengan artikel tersebut.

“Saya nyatakan ini bukanlah dengan tujuan mempertahankan kerajaan Saudi tetapi tujuan saya adalah untuk menyatakan akan sentiasa wujud gerakan khususnya melalui media untuk mewujudkan ketegangan dan pergaduhan sesama umat Islam” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *