Ramadan mewasiatkan kita untuk pertahan jatidiri keislaman negara

ust zamri2

IPOH, 4 Ogos- Ramadhan yang berlalu menitipkan wasiat kepada umat Islam di Negara ini untuk meneruskan perjuangan mempertahankan jatidiri keislaman negara ini serta memeliharanya daripada segala bentuk ancaman musuh.

Timbalan Mufti Perak, Sahibul Fadilah Ust Zamri Hashim berkata demikian berkenaan pengajaran yang boleh diambil daripada Ramadan dipetik daripada teks khutbah  jumaat yang dibaca olehnya bertarikh 1 Ogos.

Beliau turut menyifatkan kelompok musuh yang kononnya mengaku sebagai pejuang hak asasi manusia adalah pada hakikatnya merupakan pejuang hawa nafsu manusia serta menyifatkan tindakan mereka itu adalah cubaan untuk meng”undang-undangkan” nafsu mereka.

“Sempit kan ruang kepada mereka yang bercita-cita memaksa umat ini tunduk dan menerima pakai nilai-nilai keadilan, kesamarataan , kebebasan, mengikut acuan nafsu serakah manusia”

“manusia yang memakai jubah pejuang hak asasi manusia sedangkan mereka adalah pejuang nafsu manusia” tegasnya lagi.

Beliau yang juga ahli tertinggi Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyeru supaya kembalikan jati diri umat Islam dengan dibina perasaan izzah (mulia) dengan Islam dan berani menawarkan Islam dalam bentuk yang sebenar

“Menyeru kepada Islam dalam bentuk yang asli bukan menawarkan Islam dalam bentuk ingin ” ambil hati” sehingga sering meletakkan Islam dalam situasi sentiasa mengalah”

“Kerana aqidah kita menegaskan bahawa Islam itu membawa rahmat kepada alam . “رحمة للعالمين

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *