Peperangan di Palestin : Jihad yang tidak pernah diragui

alquds

Sejak dahulu hinggalah ke hari ini, dalam situasi dan keadaan yang pelbagai, telah dilaungkan jutaan seruan dan diangkat senjata dengan alasan (kononnya) atas nama jihad.

Bahkan kita saksikan dalam dunia Islam pada hari ini, betapa banyak pertembungan dan pertempuran yang cuma diangkat atas nama dan syiar jihad. Tetapi boleh jadi (sebahagiannya) pada hakikatnya ia adalah sekadar pertembungan politik atau perselisihan dalam perkara fiqh.

Sesuatu perkara jihad yang tidak jelas atau tidak pasti akan kesahihannya, atau yang bercampur padanya kepentingan peribadi dan hawa nafsu inilah boleh jadi membawa kemenangan atau kekalahan samada di dunia dan akhirat.

Namun antara jihad yang tidak pernah disangkal atau diragui akan kewajipannya serta tidak pernah dinafikan akan kesasihannya adalah jihad untuk membebaskan bumi Palestin.

Sejak bermulanya rampasan oleh yahudi zionis terhadap tanah suci Palestin ini, tidak pernah wujud sebarang fatwa atau kalam dari mana-mana ulama yang menafikan akan kefarduan jihad di Palestin. Bahkan jika kita perhatikan, kita akan dapat melihat betapa banyak fatwa atau kalam ulama samada secara peribadi atau kelompok yang menyeru akan kefarduan jihad Palestin.

Maka bagi sesiapa yang inginkan sebuah jihad yang tidak pernah dikhilafkan (disepakati) oleh ulama dan tidak pernah diragui akan kefarduannya maka jihad tersebut wujud di Palestin. Sesiapa yang inginkan menginfaqkan hartanya, titik peluhnya atau kepakarannya pada suatu jihad yang sudah pasti manfaat di dunia serta ganjaran di akhirat maka bersamalah dalam jihad di Palestin.

Kemenangan golongan haq dan kemusnahan golongan batil dalam jihad Palestin adalah suatu perkara yang pasti namun pertembungan ini adalah suatu jalan yang panjang. Seluruh umat Islam boleh dan wajib berperanan dalam pertembungan jihad yang berlaku ini.

Antara bukti kebenaran jihad Palestin ini juga adalah kita saksikan bagaimana golongan batil ini bersepakat dalam isu jihad di Palestin. Mereka bersepakat dalam menhancurkan cahaya kebenaran di sana.

Jadi kita juga sepatutnya bersatu dalam isu Palestin sepertimana bersatunya musuh Islam dalam isu ini.

ini adalah terjemahan daripada tulisan asal yang ditulis oleh Syiekh Dr Ahmad Raisuni di laman sesawang http://www.raissouni.ma/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *