Isu Palestin : Aqidah sebelum kemanusiaan

ikhwan

JORDAN, 5 Ogos- Isu pertembungan yang berlaku di Palestin antara yahudi dan Islam bukanlah sekadar isu kemanusiaan tetapi ianya adalah pertembungan aqidah iaitu antara haq dan batil.

“Isu Palestin bukanlah sekadar isu kemanusiaan untuk kita berasa kasihan padanya tetapi ianya adalah isu rampasan tanah serta dibunuh dan dihalau penduduk asal tanah tersebut”

“Pertembungan kita dengan yahudi adalah berasaskan aqidah dan tamadun”

Demikian kenyataan Majlis Ulama Ikhwan Muslimin di Jordan terhadap isu yang sedang berlaku di Palestin sambil memetik ayat 82 Surah Al Maidah yang menceritakan bagaimana orang yang paling kuat memusuhi Islam adalah golongan yahudi dan musyrikin.

“Permusuhan yahudi terhadap kebenaran bukanlah perkara baru, keturunan merekalah yang terlalu membunuh utusan Allah SWT dan mereka sangat memusuhi Islam dan Muslimin”

Dalam kenyataan itu turut disebut bagaimana isu Palestin ini boleh menjadi suatu tapisan untuk membezakan siapakah pejuang Palestin yang sebenar dan siapa yang telah menjual tanah suci umat Islam tersebut kepada musuh(pembelot).

“Apa yang kami saksikan di Gaza mengenai kesabaran dan pengorbanan rakyat Gaza mengingatkan kami kepada jihad dan pengorbanan sahabat RA, kami mewakili umat Islam seluruh dunia mengucapkan terima kasih atas kesungguhan dan pengorbanan tersebut”

Majlis Ulama juga menyeru umat Islam melakukan enam perkara bagi membantu Palestin iaitu : doa, memberi tekanan politik dan hubungan diplomasi dengan Israel, infaq harta, menyedarkan umat akan isu Palestin dengan benar, memutuskan bekalan minyak dan gas kepada Israel dan melakukan kempen boikot terhadap produk yahudi.

“Bagaimana kita boleh bersalaman(kerjasama) dengan yahudi sedangkan tangan mereka penuh dengan darah saudara-saudara kita?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *