Diam diri sebahagian Islamis kerana takut kritikan

dr ragheb

MESIR, 5 Ogos- Tolakan secara tersembunyi atau tersirat kepada sikap berdiam diri sebahagian golongan Islamis terhadap maksiat yang sedang berleluasa pada hari ini adalah kerana kesempitan jiwa iaitu takut kepada kritikan manusia.

“Kerana takutkan kritikan manusia (sempit jiwa) inilah yang membawa kepada pencairan yang sangat teruk dalam banyak perkara asas dalam Islam (oleh kelompok ini)”

Pakar sejarah Islam yang terkenal, Syiekh Dr Ragheb As Sargani bekata demikian dalam laman sesawangnya mengulas berkenaan sikap sebahagian golongan islamis yang wujud pada hari ini.

“Tugas kita sebagai yang orang yang memikul risalah pada hakikatnya hanyalah menyampaikan seperti yang disebut dalam surah Al-Maidah ayat 99”

Beliau turut memberi contoh berkenaan beberapa perkara asas dalam Islam yang telah berlaku pencairan oleh golongan islamis ini seperti dalam isu mengambil bukan Islam sebagai pemimpin, jihad, hudud, isu ajaran sesat seperti syiah dan lain-lain.

Beliau yang juga ahli Persatuan Ulama Sedunia menambah punca kepada permasalahan ini adalah kerana mereka tidak memahami Islam yang sebenar serta lemah dalam pegangan aqidah.

“Orang yang memahami Islam yang sebenar akan sentiasa sedar bahawa hanya dengan Islamlah dapat membawa kepada keluasan jiwa (dan bukannya dengan pujian manusia) seperti yang disebut dalam Surah Al-A’raf ayat 2”

“Aku sangat yakin bahawa bantuan kemenangan Allah SWT itu tidak akan turut pada mereka yang berasa kesempitan jiwa (haraj) pada perkara yang telah jelas dalam syarak” kata beliau dengan tegas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *