Seruan “Jumaat solidariti untuk Gaza”

 

gaza

GAZA, 11 Julai- Persatuan Ulama Sedunia menyeru seluruh umat Islam di seluruh pelusuh dunia untuk menjadikan Jumaat hari ini bertarikh 13 Ramadan 1435H bersamaan  11 Julai 2014 sebagai Jumaat khusus bagi solidariti kepada isu Palestin khususnya terhadap Gaza.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Sedunia, Syiekh DrAli al-Qaradaghi berkata demikian dalam satu kenyatan melalui lawan rasmi persatuan tersebut semalam.

“Kami menyeru supaya setiap masjid-masjid mengadakan khutbah khusus berkaitan isu Gaza dan seruan untuk membantu mereka samada dengan wang, doa atau apa sahaja cara mengikut kemampuan masing-masing”

Katanya lagi, golongan yang sepatutnya paling kehadapan dalam isu ini adalah golongan ulama kerana kedudukan mereka yang menjadi qudwah serta contoh kepada umat Islam.

Setekat hari ini, bilangan mangsa hasil kekejaman Yahudi Zionis seperti yang dilaporkan oleh media rasmi sudah menjangkau 80 orang terbunuh, ratusan lain yang cedera serta puluhan rumah yang hancur.

Beliau juga menyeru untuk diadakan tunjuk perasaan diseluruh pelusuk dunia sebagai menolak sifat kebinatangan Israel dan sokongan penuh pada Gaza.

“Persatuan Ulama Sedunia tidak akan berhenti setakat ini dalam menyatakan sokongan kami pada Gaza, kami akan terus memperjuangkan isu Palestin hinggalah tanah tersebut merdeka daripada cengkaman penjajah” beliau berkata dengan tegas.

“Sumbangan kami ini terlalu kecil untuk dibandingkan apa yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *