Persatuan Ulama Sedunia menyeru sokongan dunia terhadap Gaza

persatuan ulama

GAZA, 9 Julai- Persatuan Ulama Sedunia menyeru supaya dunia amnya dan umat Islam secara khususnya supaya menzahirkan sokongan mereka terhadap rakyat Gaza dan menolak kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi Zionis.

Pengerusinya Syiekh Dr Yusuf Al-Qardawi berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini di dalam laman web Persatuan Ulama Sedunia.

Beliau turut meyifatkan peristiwa yang sedang berlaku sekarang di Palestin  sebagai Intifadah Ketiga.

“Apa yang sedang berlaku sekarang adalah intifadah ketiga maka kami menyeru kepada rakyat Gaza untuk terus tsabat dan terus bertahan seteguh-teguhnya dalam menghadapi puak yahudi yang kejam ”

Ujarnya lagi isu Palestin adalah isu seluruh umat manusia, atas dasar itu beliau menuntut supaya seluruh pemimpin negara dan rakyat untuk menjalankan tanggungjawab bagi memberhentikan penindasan dan kezaliman puak Yahudi Zionis yang tidak pernah berhenti sejak dahulu.

Serangan terbaru Yahudi Zionis terhadap Gaza yang bermula sejak awal Ramadan hingga kini telah mengorbankan 28 orang dan lebih 150 lagi orang cedera, lapor media antarabangsa.

Dr Yusuf Al-Qardawi juga menyeru supaya umat Islam membantu Gaza dengan diadakan kempen-kempen berkenaan Gaza dan Al-Quds di setiap pelusuk Negara Islam untuk memberi kesedaran pada seluruh manusia terhadap apa yang sedang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *