Neraca sebuah negara Islam yang ditunjukkan Al-Quran

usul ifta

Demi mengetengahkan bukti bahawa Al-Quran memberi isyarat Islam itu tidak lengkap tanpa bumi dan negara, serta Al-Quran juga telah menggariskan beberapa ciri-ciri yang menjadi kelaziman ‘islamik’nya sesebuah negara, saya nukilkan ringkasan tulisan Abu Ammar dan diambil juga daripada kitab Al-Jihad Fi Al-Islam oleh Syeikh Al-Qadiri lalu dimuatkan dalam karya unggulnya Usul Al-Ifta’ fi Al-Ijtihad At-Tathbiqi fi Fiqh Ad-Dakwah.

Syeikh Al-Qadiri menyebut :

“Keselarian ijtihad para fuqaha’ dalam memberi istilah Negara Islam dan Harb dengan isyarat nas-nas daripada Al-Quran itu sendiri yang memberi gambaran ciri-ciri antara Negara Islam dan Harb :-

Ayat pertama : Surah Al-Hajj : 39-41 :-

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَـٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ (٣٩) ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَـٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ‌ۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَہُم بِبَعۡضٍ۬ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٲمِعُ وَبِيَعٌ۬ وَصَلَوَٲتٌ۬ وَمَسَـٰجِدُ يُذۡڪَرُ فِيہَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ ڪَثِيرً۬ا‌ۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۥۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ (٤٠) ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ (٤١)

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (39) Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (40) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (41)

Tanah itu menjadi Negara kafir apabila :-

1. Pemerintah mensyirikkan Allah
2. Menghalau orang-orang yang mentauhidkan Allah
3. Menghancurkan tempat ibadah

Tanah itu menjadi Negara Islam apabila : –

1. Pemerintah mendirikan solat – merupakan petanda menunaikan hak Allah
2. Menunaikan zakat – petanda menunaikan hak manusia
3. Wujudnya amar makruf nahi mungkar – merupakan kaedah untuk menjaga agama Allah

—–

Ayat kedua : Surah An-Nisa’ : 75 :-

وَمَا لَكُمۡ لَا تُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡ هَـٰذِهِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلظَّالِمِ أَهۡلُهَا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّ۬ا وَٱجۡعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا (٧٥)

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). (75)

Negara kafir itu adalah :-

1. Menindas orang Islam
2. Orang yang zalim menguasai pemerintahan
3. Melaksanakan hukum selain Allah

* Atas dasar itu Allah menyuruh orang muslim memerangi orang yang menindas mereka, dan arahan itu berbentuk ‘pengingkaran’ Allah SWT kepada orang yang tidak memerangi mereka

—–

Ayat ketiga : Surah Ibrahim : 13, Surah Al-A’raaf : 88 :-

وَقَالَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لِرُسُلِهِمۡ لَنُخۡرِجَنَّڪُم مِّنۡ أَرۡضِنَآ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا‌ۖ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَيۡہِمۡ رَبُّہُمۡ لَنُہۡلِكَنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami. Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim. (13)

قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ يَـٰشُعَيۡبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَكَ مِن قَرۡيَتِنَآ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا‌ۚ قَالَ أَوَلَوۡ كُنَّا كَـٰرِهِينَ (٨٨

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah kepada agama kami. Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? (88)

Negara kafir itu : –
1. Menghalau keluar para duat dan muslimin atau
2. Memaksa untuk kembali murtad daripada Islam

—–

Ayat keempat : Surah An-Nisa’ : 98 :-

إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِينَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَآءِ وَٱلۡوِلۡدَٲنِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ حِيلَةً۬ وَلَا يَہۡتَدُونَ سَبِيلاً۬ (٩٨)

Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (98)

Negara kafir adalah yang menindas orang mukmin dan menyuruh mereka berhijrah

—–

Ayat kelima : surah Al-A’raaf : 80-82 :-

وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦۤ أَتَأۡتُونَ ٱلۡفَـٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِہَا مِنۡ أَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٨٠) إِنَّڪُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ شَہۡوَةً۬ مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِ‌ۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ۬ مُّسۡرِفُونَ (٨١) وَمَا ڪَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦۤ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَخۡرِجُوهُم مِّن قَرۡيَتِڪُمۡ‌ۖ إِنَّهُمۡ أُنَاسٌ۬ يَتَطَهَّرُونَ (٨٢)

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. (81) Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. (82)

Negara kafir itu :-

1. Mengiklankan ‘fahisyah’ (zina dan maksiat) serta berbangga dengannya, bahkan perkara itu disokong dan dipuji di sisi mereka
2. Menolak perkara yang baik, ia menjadi sebab turunnya azab

—–

Ayat keenam : surah Al-A’raaf : 120-121 :-

وَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ (١٢٠) قَالُوٓاْ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٢١

Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, (120)Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. (121)

Negara kafir itu : – pemerintahnya memaksa untuk rakyatnya meminta izin untuk beriman kepada Allah, kalau tidak mereka akan dikenakan azab

—–

Ayat ketujuh : surah Al-A’raaf : 59-61 :-

لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ۬ (٥٩) قَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِۦۤ إِنَّا لَنَرَٮٰكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦٠) قَالَ يَـٰقَوۡمِ لَيۡسَ بِى ضَلَـٰلَةٌ۬ وَلَـٰكِنِّى رَسُولٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦١)

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah dia: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat) (59) Ketua-ketua dari kaumnya berkata: Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata. (60) Nabi Nuh menjawab: Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (61)

Negara kafir itu : Para duat disifatkan sebagai sesat dan bodoh

————————

Kesimpulannya :

Negara Islam adalah :-

i. Dominannya hukum Islam dengan pemerintahan muslim yang baik
ii. Maksud dominan : – hukum Islam tertinggi, dan kata-kata orang muslim sebagai penentu, serta rujukan utama adalah hukum Allah

Negara kafir pula adalah di mana orang kafir menjadi dominan dan memerintah, dalam masa yang sama kata-kata mereka sebagai pemutus dan penentu

Perbezaan utama Negara Islam dan Kafir adalah :-

i. Tampuk pemerintahan diisi oleh siapa
ii. Penentuan keputusan di tangan siapa

Dipetik dari Ringkasan Usul Ifta’ Jilid 4, Abu Ammar

Moga menjawab beberapa persoalan dalam isu negara Islam dan tidak Islam dalam neraca Al-Quran.

Siapa kata tiada negara Islam dalam Al-Quran ?

Sejauhmana pula Ireland, US, Israel, negara Eropah dan barat mengikut piawaian islamiknya sesebuah negara berdasarkan neraca sebenar Islam iaitu Al-Quran ?

Wallahua’lam.

 

ust syamil

 
 
Ust Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *