Mengahwini anak kepada sepupu ayah

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya Haffin, 14 tahun…saya dibenarkan berhubngan dengan sepupu saya yang sebaya dengan saya,satu hari, saya terfikir bolehkah kami berkahwin ,dia ialah anak kepada sepupu ayah saya –Haffin.

Waalaikumussalam wbt,

Anak kepada sepupu ayah tergolong di kalangan wanita yang boleh dikahwini atau ajnabi. Manakala, mahram atau mereka yang ditegah untuk dikahwini di dalam Islam berlaku atas tiga sebab :  Perkahwinan (musaharoh), keturunan dan penyusuan.

1) Haram dikahwini kerana pernikahan:

  • Ibu isteri (mertua)
  • Anak tiri (sekiranya ibunya telah digauli)
  • Isteri kepada anak (menantu)
  • Isteri kepada ayah(ibu tiri)

Menghimpun bersama-sama dua wanita apabila keduanya adalah mahram, seperti dua wanita bersaudara atau wanita yang dimadukan saudara perempuan ayahnya dan seetrusnya

2) Haram dikahwini kerana keturunan

  • Ibu,Ibu kepada ibu (nenek),ibu kepada ayah ,dan seterusnya ke atas
  • Anak,cucu,dan seterusnya ke bawah
  • Saudara perempuan seibu sebapa atau hanya seibu atau sebapa sahaja
  • Saudara perempuan dari ayah(sebapa)
  • Saudara perempuan dari ibu(seibu)
  • Anak perempuan dari saudara lelaki dan seterusnya
  • Anak perempuan dari saudara perempuan dan seterusnya

3) Haram dikahwini kerana penyusuan

  • Perempuan yang pernah menyusuinya
  • Saudara sepersusuan

Larangan ini telah dirakamkan dalam Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 22 dan  23 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh).

Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu istrimu (mertua); anak-anak istrimu yang dalam pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) istri-istri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Oleh itu, Islam telah mengatur sejumlah tatacara dalam perhubungan antara seorang muslim dengan ajnabi, antaranya:

1) Menundukkan pandangan iaitu tidak memandang kepada aurat, tidak memandang dengan syahwat dan tidak memandang jika tiada keperluan sepertimana firman Allah dalm surah An-Nur ayat 30 dan 31:

 “ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(30)Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

2) Menjaga batas aurat dan pergaulan

3) Tidak bersendirian tanpa kehadiran mahram

Adab-adab pergaulan ini sekiranya dipelihara dan dijaga, dapat menyelamatkan kita dari terjerumus kepada maksiat atau atau terdedah kepada kemurkaan Allah s.w.t.

Wallahhua’lam.

 

ustzh mardhiyyah

 
Ustzh Mardhiyyah Zamani
Ahli Majlis Ulama ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *