Pemergian Syiekh Muhammad Qutb

BANGI, 4 April – Pengerusi Majlis Ulama ISMA Prof Madya Dr Aznan Hasan mengucapkan takziah kepada seluruh umat Islam di atas kewafatan tokoh agung Islam kontemporer Syeikh Muhammad Qutb.

Allahyarham meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital di Jeddah, Arab Saudi ketika umurnya 94 tahun.

“Pemergiannya adalah satu kehilangan bagi umat Islam seluruhnya. Salah satu tulisannya yang terkenal ‘Syubuhat hawla Islam’ (Salah faham terhadap Islam) telah kembali memperbetulkan kefahaman umat Islam dan menangkis fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada Islam sebenar seperti liberalisme, feminisme, sekularisme dan pluralisme,” ujar Dr Aznan dalam satu kenyataan.

Syeikh Muhammad Qutb yang lahir di negara Mesir merupakan saudara kandung kepada tokoh Ikhwan Muslimin Sayyid Qutb.

Beliau merupakan seorang ulama agung yang telah menulis banyak buku dalam bidang fiqh, falsafah, harakah, dakwah dan sebagainya yang menjadi rujukan bagi umat Islam.

“Umat Islam perlu menghargai karya beliau dan belajar daripada ketegasan beliau dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *