Solat Qasar dan Jamak setiap hari

Assalamualaikum ustaz,
Saya tinggal di Alor Setar dan berkerja di Bukit Mertajam dimana jaraknya 120km. Saya berulang alik setiap hari. Adakah diharuskan utk saya melakukan solat qasar @ solat jamak @ solat jamakqasar setiap hari? Mohon penjelasan ustaz.
Syukran.

 

Jawapan

Saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar setiap hari. Ini adalah kerana jarak rumah dengan tempat bekerja saudara adalah melebihi jarak (83 km) yang dibenarkan untuk seseorang melakukan solat jamak dan qasar. Juga kerana tempoh saudara tinggal di tempat bekerja saudara tidak melebihi empat hari. Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

3 thoughts on “Solat Qasar dan Jamak setiap hari

  • June 1, 2011 at 11:43 am
    Permalink

    Terima kasih atas jawapan Ustaz. Menurut jawapan ustaz, saya dibolehkan untuk buat solat jamakqasar setiap hari. 'Dibolehkan' tu ertinya macam mana? Adakah solat qasar itu lebih afdal / aula dilakukan berbanding solat tamam ataupun solar qasar itu nak buat pun takpa atau takmau buat pun takpa? Mohon penjelasan ustaz.

  • July 29, 2011 at 9:21 am
    Permalink

    hukum solat qasar dan jamak adalah harus… nak wat solat penuh pon hukumnya harus..

  • December 15, 2011 at 3:43 pm
    Permalink

    Salam seandainya jarak rumah dan tempat kerja adalah 50km tetapi pergi balik jadi 100km sedangkan kita tidak tidur di pejabat kita. adakah ini di kira sebagai satu perjalanan ust? sekadar ingin pencerahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *