Perkiraan mendapat rakaat solat Jumaat

Assalamualaikum ustaz,

Bagaimana caranya kita nak sembahyang Jumaat sekiranya kita terkemudian dari Imam. (datang lewat).

i. Imam dah habis rakaat pertama.

ii. Imam masuk rakaat ke 2 eg duduk tahyat. Terima kasih

Jawapan:

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه أجمعين، وبعد:

Solat Jumaat diwajibkan ke atas lelaki, baligh, berakal dan bermastautin. Di sisi Islam hari Jumaat juga disebut sebagai “سيد الأيام”. Sehubungan itu, Muslim dituntut  menggiatkan amalannya pada malam dan hari jumaat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, beristigfar termasuklah bersegera ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Jumaat. Namun soalan yang diajukan berkaitan bagaimanakah sekiranya berlaku kelewatan dan hanya sempat bertahiyyat akhir bersama imam.

Merujuk   kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:

Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya”

( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dalam hadith yang lain, baginda saw bersabda:

Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan  sempurnalah sembahyangnya”

(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).

Berasaskan dalil-dalil di atas, jelas menunujukkan bahawa seseorang itu perlu menambah satu rakaat sahaja lagi sekiranya ia sempat memperolehi satu rakaat bersamaan imam. Sekiranya  seseorang ia hanya sempat bersama imam selepas daripada ruku` pada rakaat kedua hendaklah ia melengkapkan empat rakaat seperti sembahyang zohor tanpa memerlukan niat yang baru. Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas`ud, Ibn Umar dan juga imam mazhab al-Syafi`I, al-Maliki dan al-Hanbali. Abi Syuja` di dalam teksnya menyatakan

          “من أدرك ركوع الثانية أدرك الجمعة فيصلي بعد سلام الإمام ركعة وإن أدركه بعده فاتته              فيتم  بعد سلامه ظهرا أربعا

Maksudnya : Sesiapa yang sempat rukuk kedua ia telah memperolehi jumaat maka  hendaklah ia sembahyang satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan jia ia hanya sempat selepas daripada itu maka luputlah daripadanya (jumaat),hendaklah ia menyempurnakanya empat rakaat zohor selepas imam memberi salam  

Sekalipun begitu, ada kalangan ulama yang berpendapat  mereka yang sempat solat bersama imam, ia telah memperolehi Jumaat, maka baginya perlu melengkapkan dua rakaat sahaja sebagaimana solat jumaat. Pendapat ini dipelopori oleh Imam al-Hanafi.       

والله أعلم بالصواب

Rujukan;

Muhgni al-Muhtaj, jld.1

Al-Fiqh al- Manhaji, jlid.1

Fiqh al-Sunnah, jld.1

Subulul al-Salam, jld.2

Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS

One thought on “Perkiraan mendapat rakaat solat Jumaat

  • April 1, 2011 at 11:15 pm
    Permalink

    assalamualaikum ustaz..
    pernah saya terfikir bagaimana dengan niat jika kena sempurnakan 4 rakaat pula, tp alhamdulillah, persoalan ini sudah terjawab..
    erm.. tp ustaz, mendengar khutbah tu salah satu syarat kan.. kalau datang lambat tu, kira tak dengar khutbah dah, abih jadi macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *