Hukum fidyah puasa

Assalamualaikum ustaz,

Jika wanita menyusu meninggalkan puasa, jika tidak berjaya mengganti sebelum ramadhan yang akan datang, perlukah dia bayar fidyah? Bagaimana jika berlanjutan (tidak berjaya ganti) pada tahun seterusnya, adakah fidyahnya bertambah 2 kali ganda? Perlukah puasanya diganti?

 

Jawapan:

Sesiapa yang wajib mengqadha’ puasa Ramadan, seluruh atau sebahagiannya, tetapi dia melambatkan qadha’ sehingga masuk bulan Ramadhan berikutnya; jika dia melambatkan qadha’ itu kerana keuzuran seperti sakit atau pemusafiran yang berterusan sepanjang tahun, maka dia tidak dikenakan apa-apa fidyah. Dia hanya wajib mengqadha’ sahaja.

Tetapi jika dia tidak mempunyai apa-apa keuzuran, maka tidak boleh baginya melambatkan qadha’ puasa tersebut menurut kesepakatan ulama, bahkan dia dikira berdosa kerana melambatkannya sehingga tiba Ramadan berikutnya.

Oleh itu, sesiapa yang tidak mengqadha’ puasa Ramadhan sehingga tiba Ramadhan berikutnya, dia adalah berdosa. Dia tetap wajib mengqadha’ puasa tersebut, di samping dia dikenakan membayar fidyah. Fidyah ialah mengeluarkan satu cupak makanan asasi bagi sesuatu negeri kepada fakir miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Jika pada tahun berikutnya juga dia masih tidak mengqadha’ puasa tersebut, maka dalam masalah ini terdapat dua pandangan. Pertama fidyah tersebut akan berganda berdasarkan bilangan tahun. Kedua, fidyah tersebut tidak berganda meskipun melangkaui tahun berikutnya.

Namun Dr Yusuf al-Qaradawi berpendapat fidyah adalah tidak wajib, bahkan hanya sunat sahaja, kerana hukumnya tidak sabit daripada hadis sahih yang disandarkan kepada Rasulullah (s.a.w). Apa yang ada hanya athar (riwayat) daripada sekumpulan sahabat yang tidak boleh menjadi hujjah terhadap sesiapa. Oleh itu, beliau mengatakan mengeluarkan fidyah kerana terlepas daripada mengqadha’kan puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya hanyalah sunat sahaja, tidak wajib, sebagai langkah menampung kekurangan yang berlaku hasil daripada kecuaian melewatkan qadha’ puasa itu. Untuk mengatakan ia adalah wajib, memerlukan kepada dalil, tetapi di sini tidak ada dalil sedemikian. Wallahu a’lam.

Rujukan:

Al-Nawawi, Muhy al-Din Sharaf.  T.th. al-Majmu‘ Sharhal-Muhadhdhab. Jedah: Maktabat al-Irshad.

Al-Qaradawi, Yusuf. 2006. Fiqh al-Siyam. Kaherah: Maktabat Wahbah.

 

Disediakan oleh:
Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat MUIS

10 thoughts on “Hukum fidyah puasa

  • August 27, 2010 at 10:59 am
    Permalink

    jadi ustaz, pendapat mana yang lebih kuat dan diterima pakai? adakah perlu fidyah atau tidak?

  • August 27, 2010 at 3:56 pm
    Permalink

    Syeikh Qardhawi tarjih tidak wajib fidyah, ia sunat sahaja. Begitu juga Syeikh Mahmud Syaltut (mantan Syeikh al-Azhar) menyatakan tidak wajib fidyah. Seperti yg disebut sebelum ini adalah harus beramal dgn pandangan mazhab lain kerana kekuatan hujjahnya.
    sekian والله أعلم
    s/u MUIS

  • September 6, 2010 at 9:17 pm
    Permalink

    assalamualaikum….boleh tak kalau sekiranya kita menggantikan secupak beras itu dgn duit dan diberi pd ank yatim di sekolah sye ?

  • September 13, 2010 at 11:03 pm
    Permalink

    kpd amirah;
    Jawabannya adalah boleh.
     
    sekian والله أعلم
    s/u muis

  • October 24, 2010 at 8:32 pm
    Permalink

    assalamualaikum ustaz…apakah hukum membayar fidyah dan menggantikan puasa kepada si mati?

  • April 10, 2011 at 7:44 pm
    Permalink

    Salam, Bilakah boleh dibayar fidyah si mati?

  • July 28, 2011 at 1:07 pm
    Permalink

    salam, boleh tak bayar fidyah dengan dimasukkan ke tabung masjid dgn niat  fidyah?
    jazakumullah khairan kathira

  • August 2, 2011 at 2:15 pm
    Permalink

    Salam ustaz, ayat Quran ni jelas menyatakan yg fidyah itu wajib..jadi mcmane ye uztaz sbb dripda jwapan uztaz di atas, menyatakan yg fidyah itu xwajjib..boleh uztaz jelaskn..terima kasih
    Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
    أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
    Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

  • August 7, 2011 at 5:07 am
    Permalink

    وفى الفدية هذه الاقوال التي ذكرها المصنف (اصحها) باتفاق الاصحاب وجوبها كما صححه المصنف وهو المنصوص في الام والمختصر وغيرهما قال صاحب الحاوى: هو نصه في القديم والجديد ونقله الربيع والمزنى قال هو وغيره ونص في البويطى علي وجوب الفدية علي المرضع دون الحامل
    Berkenaan hukum fidyah terdapat beberapa pendapat yang disebutkan oleh pengarang iaitu Imam Nawawi (Yang lebih sahih) dengan persepakatan ulama al-Ashab iaitu ulama sebelum imam rafii dan nawawi mengatakan wajib fidyah sebagaimana pengarang iaitu Imam Nawawi mensahihkannya. Dan pendapat ini dinaskan di dalam kitab al-Umm dan al-Mukhtasar dan selain daripada keduanya. Dan pengarang al-Hawi berkata: Imam Syafii mengatakan demikian pada pendapat lama dan baru. ar-Rabi' dan al-Muzani juga menukilkannya, berkata: dia dan selain daripadanya. dan telah dinaskan dalam al-Buwaiti tentang kewajipan fidyah ke atas ibu mengusu bukan mengandung.
    So…nak ambik pendapat Imam Syafii dan ulama-ulama yang lain… atau Yusuf al-Qaradawi???
    dan selebihnya

  • June 19, 2014 at 12:01 pm
    Permalink

    Nur, Yg wajib fidyah dlm surah al baqarah tu, kalau dah tua, tak larat nak puasa dan qada’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *