Meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut

Assalamualaikum ustaz,

Saya merupakan seorang pekerja yg bekerja di sebuah loji pemprosesan gas dan bekerja mengikut syif. Kekadang, syif bekerja jatuh pada hari Jumaat.

Soalannya, apakah hukum bagi saya meninggalkan solat jumaat atas alasan bekerja syif pada hari Jumaat. Ada rakan-rakan yg terpaksa bergilir utk keluar juga menunaikan solat Jumaat bg mengelakkan meninggal solat Jumaat 3 kali berturut-turut.

Apa komen ustaz?

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Memang telah thabit dalam hadis riwayat Imam Muslim bahawa Allah swt menulis hati orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam keadaan mereka meringan-ringankan kewajiban tersebut sebagai orang-orang yang lalai. Namun berdasar senario yang dinyatakan dan saudara tiada pilihan lain, maka saudara dikira mempunyai keuzuran kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana tugasan kerja secara shif. Keadaan tersebut tidak dikira berdosa.

Langkah membuat giliran supaya tidak tinggal solat Jumaat tiga kali berturut-turut adalah satu langkah yang betul dan tepat. (Fatawa Nur 'Ala ad-Darb))

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
فتاوي نور علي الدرب – ابن عثيمين

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

One thought on “Meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut

  • August 10, 2010 at 10:00 am
    Permalink

    Salam ya ust, adakah ini berbentuk sbg satu galakan? krn "satu langkah yang betul dan tepat"… Sbb, ana dpt lihat dikaw. perumahan ana, kelihatan mmg mrk (pekerja yang sibuk) berhati-hati supaye tidak meninggalkannye sbyk 3 kali berturut2, namun, ape yg menyedihkan, ade di antare yg skadar solat namun x mendgr khutbah… Adakh cukup syarat sah solat Jumaat? Apekh hukum mendgr khutbah? Hrp penjelasan sebaiknye… Shukron.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *