Kanta lekap (Contact Lens) tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukumnya memakai contact lense semasa berpuasa? Adakah ia dikira sebagai memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka maka membatalkan puasa?

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Permasalahan ini merupakan permasalahan baru yang tiada di zaman awal Islam. Ulama semasa telah mengkaji permasalahan ini dan mereka berpandangan bahawa puasa orang yang memakai contact lens adalah tidak batal. Ini ialah kerana ia tidak masuk ke dalam perut dan bukan kategori makanan atau minuman.
Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
1) http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503546140
2) http://fiqhmedic.wordpress.com/page/2/

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

4 thoughts on “Kanta lekap (Contact Lens) tidak membatalkan puasa

  • August 8, 2010 at 6:30 pm
    Permalink

    asskum ustaz.mcm mana nak hilangkan rasa was2 semsa meganbil wuduk..kdg kala smpai 7 8 kali saya niat meganbil wuduk ttpi was kerana tkut wuduk tidak sah…sama jga dgan mgankat tkbir untuk sembhyg..kdg2 brlaku berkali2 kerana saya rsa was2 smada niat itu btul atau tidak….

  • August 18, 2010 at 11:25 am
    Permalink

    "Ini ialah kerana ia tidak masuk ke dalam perut dan bukan kategori makanan atau minuman."
    Tapi memasukkan sesuatu (selalunya jari) ke dalam hidung atau telinga pun batal jugak.

  • August 18, 2010 at 3:48 pm
    Permalink

    pandangan yg lebih sahih tidak batal memasukkan jari ke dalam hidung dan telinga
     
    sekian Wallahu A'lam
    s/u muis

  • August 18, 2010 at 3:53 pm
    Permalink

    kpd Shah;
    was-was adalah tipudaya dan mainan syaitan utk merosakkan amal seseorang. ketahuilah kualiti amal seseorang yg penuh dengan was-was amatlah rendah. Oleh itu jauhilah was-was kerana ia merosakkan amal. Anda perlu berjumpa guru bagi mendapat bimbingan utk menghilangkan was-was.  Ya, anda kena berjumpa guru bagi menyelsai masalah anda.
     
    Sekian Wallahu A'lam
    s/u muis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *