Harta Ar-Rahnu kena zakat

Assalamualaikum ustaz,

Adakah dikenakan zakat emas yang sedang di ar Rahnu ?

Jawaban:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Mengikut Dr.Sami b. Abdul Aziz al-Majid, Ahli Lembaga Pengajar Universiti Islam Muhamad bin Sa'ud bahawa harta ar-Rahnu tidak luput dari kewajiban zakat sekiranya harta ar-Rahnu tersebut termasuk dalam harta yang diwajibkan zakat seperti emas, perak dsbnya apabila harta-harta tersebut cukup syaratnya. Sebenarnya status harta Ar-Rahnu ialah ia milik ar-Rahin (orang yang menggadai – tuan harta) dan harta tersebut diamanahkan supaya dijaga oleh al-murtahin (orang yg digadaikan harta).

Bagaimana mengeluarkan zakat harta ar-Rahnu? Mengikut Prof Dr.Sulaiman Isa, cara mengeluarkan harta ar-Rahnu ialah ar-Rahin (tuan harta) perlu mendapat keizinan daripada al-Murtahin (orang yang menjaga harta yang digadaikan) kerana dia mempunyai hak yang tergantung ke atas harta gadaian tersebut.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) http://www.almoslim.net/node/119030
2) http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-1788.htm

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

One thought on “Harta Ar-Rahnu kena zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *