Tapak tangan di atas kain telekung ketika sujud

Assalamualaikum ustaz,
Sahkah solat jika tapak tangan berlapikkan telekung yang dipakai ketika sujud?

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Solat anda adalah sah. Ini ialah kerana sekurang-kurang sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud berdasar hadis nabi saw bahawa baginda telah bersabda:

إذا سجدت فمكن جبهتك ولا تنقر نقرا (رواه ابن حبان في صحيحه

Maksudnya: Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju. (riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya).

Hadis ini menjadi hujah kepada ulama mazhab Shafie bahawa sekurang-kurang sujud adalah meletakkan dahi di tempat sujud.

Mengikut Syeikh Muhamad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam kitabnya مطلع البدرين ومجمع البحرين "dan sekurang-kurangnya (sujud itu) mengenai setengah dahinya akan tempat sujudnya dan wajib dibukakan dahinya jangan ada berlapik". Perkara yang sama disebut di dalam kitab الإقناع dan kitab al-Fiqh al-Muyassar.

Disamping dahi, ulama khilaf tentang kewajiban anggota-anggota lain. Yang sahih dalam mazhab Shafie' adalah wajib berdasar hadis riwayat Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw menyuruh sujud di atas tujuh anggota; iaitulah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kakinya.

Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar; Yang diambil kira ialah meletakkan dua tapak tangan dan perut jari kedua-dua kaki walaupun sebahagian sahaja. Tidak mengapa dan tidak batal solat meletakkan dua tapak tangan ke atas kain telekung semasa sujud. Yang mesti dijaga ialah pastikan kain telekung tidak menghalang dahi dari mengenai tempat sujud.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Syeikh Muhamad Syarbini al-Khatib, Al-Iqna'.
2) Ahmad Isa 'Asyur, al-Fiqh al-Muyassar.
3) Pelbagai.

Disediakn oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS  

5 thoughts on “Tapak tangan di atas kain telekung ketika sujud

  • May 5, 2010 at 8:59 pm
    Permalink

    ustaz, macam mana pula dengan mujahidin yang kebanyakkannya menutup[ muka mereka, dan kita boleh dapati gambar2 mereka bersolat terus dengan pakaian jihad. tersebut, yakni mukanya tertutup dan yang kelihatan hanya mata mereka.
    bagaimana sujud mereka? adakah masih wajib untuk dahi mereka tidak berlapik?
    jzkk. wassalam.

  • May 6, 2010 at 3:08 pm
    Permalink

    Di segi realiti, sebenarnya tiada masalah bagi mujahidin untuk memastikan dahinya menyentuh tempat sujud tanpa lapik ketika menunaikan solat. Akan tetapi jika pakaian jihadnya menutupi seluruh mukanya termasuk dahi dan jika ditanggalkan ketika solat akan mendatang mudharat atau bahaya pada nyawanya, maka dibenarkan sujud dalam keadaan pakaian sedemikian. Perkara yg sama berlaku jika kepala dan dahi seseorang tercedera lalu dibalut, maka dia dibernarkan sujud di atas balutan lukanya. (sila lihat الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع)
    sekian والله أعلم
    setiausaha MUIS

  • May 7, 2010 at 8:20 am
    Permalink

    jazakAllahu khairan kathria untuk ilmunya! (^_^)

  • August 11, 2010 at 3:35 pm
    Permalink

    Salam…
    Ustaz, syukran atas penerangn di atas..
    terjawab sudah persoalan saya.

  • August 3, 2011 at 7:04 pm
    Permalink

    salam..
    berapakah jarak antara dua kaki orang perempuan ketika berdiri dalam solat.. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *