Putus tunang kerana terlalu lama

Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum membatalkan pertunangan kerana masanya yang terlalu lama?

Jawapan:

Tidak harus membatalkan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, kerana memungkiri janji adalah salah satu sifat munafik. Sebagai contoh, kerana kecantikan atau kekayaan. Orang lain lebih cantik atau lebih kaya daripada tunangnya, lalu ia memutuskan pertunangan tersebut.

Jika sekiranya terdapat sebab yang munasabah maka ia dibolehkan, seperti tunangnya mempunyai akhlak yang buruk atau terkenal dengan sifat yang jahat. Bahkan ia digalakkan oleh syarak. Keluarga dibina di atas asas kasih sayang yang berpanjangan. Oleh kerana itu tempoh pertunangan adalah tempoh pengenalan antara kedua-dua pihak, supaya dapat menyelidikan lebih mendalam lagi karakter orang yang bakal dikahwini melaui orang-orang yang dipercayai bukan melalui pergaulan yang bebas.

Adapun membatalkan pertunangan kerana masanya terlalu lama, dilihat kepada maslahah. Kalau boleh memberi kemudaratan maka ia boleh diputuskan, kerana ada sebab mudarat.

Perkara yang lebih baik ialah tidak terlalu lama pertunangan. Selagimana pihak lelaki mampu menyempurnakan perkahwinan. Terdapat hadith yang menggalakkan perkahwinan kepada mereka yang mampu:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ ) رواه البخاري (5065) ومسلم (1400).

Terjemahan:

Wahai pemuda-pemuda, sesiapa dalam kalangan kamu yang mampu (berkahwin) maka hendaklah ia berkahwin dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa. Sesungguhnya berpuasa itu adalah pencegah (perisai).

Tambahan pula, pengalaman-pengalaman yang lalu membuktikan tempoh terlalu lama bertunang menimbulkan banyak masalah kepada kedua-dua pihak.

wassalam
Al-Fatawa –mahmud syaltut, h.260

Al-fiqh al-wadih – dr. muhamad Bakar Ismail

Syaikh Muhamad Saleh al-Munjid – www.islam-qa.com 

Disediakan oleh:
Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS

One thought on “Putus tunang kerana terlalu lama

  • July 22, 2011 at 11:10 pm
    Permalink

    assalamualaikum w.r.t
    maaf kerana menganggu…bolehkah saya ketahui langkah dan cadangan utk mengatasi masalah putus tunang yg sering berlaku pada masa kini????syukran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *