Cecair keputihan adalah najis
Assalamualaikum ustaz/ah,
Kebiasaannya selepas waktu haid ada cecair keputihan akan keluar dari faraj.Adakah keputihan ini salah satu dari kumpulan najis dan menyebabkan tidak sah wudhuk dan solatnya kerana keputihan ini.Terima kasih
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد
Merujuk kepada soalan saudari, cecair yang keluar tersebut boleh jadi cecair wadi atau madzi.
Kedua-duanya adalah najis dan mesti dibasuh sebelum berwudhuk dan solat. Aisyah r.anha
telah berkata:
"Adapun cecair wadi ia terjadi selepas kencing maka hendaklah dibasuh kemaluannya
dan berwudhuk, dan tidak perlulah ia mandi. (riwayat Ibnu Munzir).
Begitu juga cecair madzi, ia perlu dibasuh seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori.
Cecair wadi adalah cecair putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang setelah kencing. Manakala cecair madzi pula ialah cecair yang keluar dari kemaluan, ianya bening dan lengket. Ia keluar disebabkan syahwat.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Syed Sabiq, Fiqh Sunnah.
Disediakan oleh:
Ustazah Nurazimah bt Abd Rahman
Wanita Isma Melaka
sya juga ad mslah yg sme dgn saudari 'saya'..hrp dpt pnjlasan..
salam ustazah..saya mengalami keputihan..saya juga mengalami masalah keputihan, apakah status solat saya jika saya terlupa untuk menukar pakaian dalam yang terkena keputihan?
salam ustazah,
merujuk kepada soalan yg diutarakan oleh saudari pelajar, saya juga mengalami masalah yg sama..masalah keputihan.apakah jika saya tak check ada keputihan atau tidak sebelum solat (terus berwudhuk n bersolat), dan hanya selepas itu barulah sy dapati ada keputihan, maka apakah status solat saya tadi?harap dapat menjawab.terima kasih.
Hukum orang yang keluar air mazi,wadi,angin dll secara berterusan adalah seperti hukum "silsilat baul" atau keluar air kencing secara berterusan. Maka org yang menghadapinya dihukum sebagai ma'zur (org yg dikira uzur). Maka wudhu' dan ibadatnya mengikut hukum khusus. Dia hendaklah berwudhu' setiap kali masuk waktu solat sebagaimana sabda Rasulullah: ''org yang istihadhah hendaklah berwudhu' setiap kali waktu solat. Maka diqiaskan kepada masaalah yang lain. Dia boleh menggunakan wudhu' tersebut untuk sebarang solat fardhu dan sunat. Wallahu A'lam
ustazah Nurazimah
Assalamualaikum ustazah,
saya mengalami masalah keputihan yang kerap sehingga perlu menukar "panty liner" hampir setiap kali mahu bersolat. kadang kala ia tidak banyak hanya setitik dua. adakah ini bermaksud, saya tidak boleh menjaga wuduk dari batal (ie: antara solat magrib dan isyak) lantaran perlu menge"check" seiap kali mahu bersolat?
Air madzi adalah najis. jika terkena anggota badan perlu dibasuh, jika terkena pakaian cukup dengan direnjis (fiqh sunnah)
sekian wallahu a'lam
ustazah Nurazimah
soalan tambahan, kalau air madzi tu terkena pakaian kita, adakah ia perlu dibasuh? maksudnya, adakah ianya najis?