Beberapa Hadis Palsu yang tersebar dalam masyarakat

 


الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Al-Hamdulillah kita bersyukur kepada Allah swt kerana kita merupakan umat yang terpimpin. Hidup kita terpimpin dengan al-quran dan hadis nabi saw. Jika keadaan ini berterusan, Insyaallah kita akan selamat dan tidak akan sesat selama-lamanya.

Namun akhir-akhir ini kedapatan hadis-hadis nabi saw disebarkan dalam masyarakat kita sedangkan sebenarnya ia bukan hadis atau hadis tersebut dipertikaikan statusnya. Dalam kesempatan ini saya ingin mengingatkan beberapa hadis nabi yang dipertikaikan telah disebar secara meluas dalam masyarakat kita. Semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini saudara dan saudari dapat mengetahui status hadis-hadis yang disebarkan.

Berikut adalah contoh-contoh hadis maudhu’ (palsu) yang tersebar dalam masyarakat kita.

 

1-

  أطلبوا العلم ولو بالصين

Maksudnya: “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”.(Hadis ini banyak dalam kitab, namun ulamak menghukumkannya maudu’)

Lihat  Al-Samhudi. Al-Ghummaz min al-Lummaz.

 

2- أنا مدينة العلم وعلى بابها

Maksudnya: “Saya adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya”.(Ulamak menghukumkannya maudu’, walaupun ada sebahagian mereka menghukumkan doef)

Al-Bani. 2001. Silsilat al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdu’ah; Al-A’jluni. 1997.  Kasyfu al-Khafa’ ; al-Suyuti.  Al-Laali’ al-Masnua’h fi al-Ahadith al-Mauduah..

 

3- Hadith bermaksud: “Jika isteri berkata kepada suami belum pernah aku dapat merasa kebaikan darimu maka bererti gugur amalnya”.

Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhua’h.

 

4- Hadith bermaksud: “Apabila masuk bulan Syaa’ban perbaikilah niat kamu kerana bulan Syaa’ban atas bulan lain seperti kelebihanku atas para nabi”. 

Ibn H.ajar mengatakan bahawa Hadis ini mawdu’ kerana al-Saqt.-i, salah seorang  perawinya terkenal  sebagai pemalsu hadis dan pereka sanad (تركيب الأسانيد). Perawi-perawi lain dalam sanad ini sama sekali  tidak pernah meriwayatkan hadis ini. Jadi jelaslah bahawasanad dan hadis ini adalah rekaan al-Saqt.-i.  (Ibn Hajar. Abu Fadl Ahmad Bin Ali al-Asqalani. 1988. Tabyin al-a’jaib bima wurid fi fadl Rajab. Dar  al-Kutub Ilmiah Bairut.).

 

5-  Hadith bermaksud: “Dinamakan Syaa’ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak”.

 Al-Bani. Silsilah al-Ahadith al-Dhoefah wa al-Mawdhuah.  Jil 7

 

6- Hadis: “Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, disiksa oleh Allah dengan lima belas macam siksa. Enam siksa sewaktu di dunia ( semasa hayat ), tiga siksa sewaktu hampir ajalnya (matinya), tiga selama di kuburnya dan tiga siksa sewaktu berjumpa kelak dengan Tuhannya di hari berbangkit. Para Sahabat bertanya , apakah siksa yang didapatinya semasa di dunia, kata Nabi S.A.W.

  1. Hilang berkat umurnya.
  2. Hilang berkat rezekinya.
  3. Dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.
  4. Tidak diakui ia masuk golongan Islam.
  5. Segala amal baiknya yang dikerjakannya tidak ia memperoleh pahala.
  6. Doanya tertolak.

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al-Halabi Kaherah.

 

7- Kitab Dosa-dosa besar oleh Haji Abu Bakar Ya’qub, hlm 7. Poster-poster yang tergantung di dinding masjid.

 

8.  حب الوطن من الإيمان

 

Maksudnya: “Cintakan negara separuh daripada Iman”

Al-Zahabi. Muhammad Bin Ahmad Uthman. 1963. Mizan I’tidal fi naqd Rijal. Dar al-Ihya’ al-Babi al- Halabi Kaherah.

 

9.   من جلس فى طلب العلم حر آباءه وأمه وجدهفى القبر   

 

Maksudnya: “Sesiapa yang duduk menuntut ilmu seolah-olah dia membebaskan ibu bapa dan datuknya dari siksaan kubur”.

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. Jil 1

 

10. Hadith bermaksud “Anak seorang yang hafiz boleh memberi syafaat 40 orang”.

Al-A’jluni. Kasyfu al-Khafa’. .

 

11.  الفكرة نصف العبادة

Maksudnya: “Berfikir satu perdua daripada ibadah”.

 

12. Hadith bermaksud “Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suaminya dikutuk oleh malaikat di langit dan apa saja yang dilaluinya selain manusia dan jin sehingga kembali ke rumah”.

Hadis ini dihukumkan palsu oleh beberapa ulama seperti Ibn Arra-q, Ibn T.a-hir al-Maqdis-i dan al-Muna-w-i.  Sebabnya adalah kerana dalam sanadnya terdapat Ibra- h-im b. Hudbah, dia dituduh pendusta oleh Ibn  Ma’in, Al-i b. Tha- bit dan al-Dhahab-i.(al-Kannani. 1981.Tanzi-h al-shari-ah. ; al-Muna-wi-.  Abd Rauf Bin Taj al-A’rifin. 1972.  Fayd. al-Qadi-r. Dar al-Ma’rifah Bairut.)

 

13. Hadith bermaksud “Barang siapa yang memenuhi hajat dari peminum arak, tak ubahnya ia meruntuhkan agama Islam”.

Hadith ini tidak ada asalnya, ternyata ia adalah mawdu’ kerana terdapat unsur-unsur mubalaghah.

 

14. Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan)sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:

 

Malam 1       : keluar dosa-dosa
Orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2     : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3     : berseru malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4     : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5      : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6        : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitil Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta batu-batu dan tanah- tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.  

Malam  7    : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8      : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9       : Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10       : Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.   

Malam 11    : keluar ia daripada dunia ( mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12      : datang ia pada hari Qiamat dalam muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13      : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14       : datang malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15       : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakanya supaya Allah mengampunkannya.

Malam16     : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17   : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18   : Seru malaikat :Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati)

Malam 19     :Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20 :  Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :          Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22 :  Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-taip dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).

Malam 23: `Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24 : ` Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang  berterawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 :  Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratol mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali ,lalu ber Firman:   “Hai hambaku : makanlah segala jenis buah–buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga  yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama  Al- Kauthar”.

Terdapat tanda-tanda mubalaghah dalam hadith ini yang menunjukkan hadith mawdu’.

 

 15.

من زار عالما فكانما زار بيت المقدس محتسبا وحرام لحمه وجسده على النار ومن أدرك مجلس عالم فليس عليه فى القيامة شدة ولاحساب

 

Maksudnya: “Sesiapa menziarahi orang alim seolah-olah ia menziarahi Baitul Maqdis hal keadaan mengira-ngira (untuk dapatkan pahala) ia dan mengharam oleh Allah akan dagingnya dan tubuhnya atas api neraka dan barang siapa mendapat ia akan majlis orang alim maka tiada atasnya kesengsaraan huru hara pada hari kiamat dan tidak dihisab”.[1]

 

16. Hadith bermaksud “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadan bulan umatku”

Dalam sanad Hadis ini terdapat Al-i b. Abd Allah b. Jahdam al-Suda-’-i yang lebih dikenali dengan  nama Ibn Jahdam, dia dituduh pendusta. Sedangkan beberapa perawi lainnya dalam sanad ini tidak dikenali, bahkan beberapa ulama Hadis mengatakan bahawa barangkali mereka belum lagi dilahirkan (لعلهم لم يخلقوا). Hadis ini telah dihukumkan palsu oleh Ibn  al-Jawz-i, Ibn Qayyim, Ibn H.ajar, al-Suyu-t.-i dan  lain-lain.  (Ibn al-Jawzi-. al-Mawd.u-a-t; Ibn Qayyim. al-Mana-r al-muni-f.  ; Ibn  H.ajar. Tabyi-n al-a’jaib; al-Suyu-t.i-. al-La’a-li’ ).

 

17- Hadith bermaksud “Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga Firdaus. Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka padanya lapan pintu syurga”.

Dalam sanad al-Bayhaq-i terdapat beberapa perawi yang dhoe’f, amat dhoe’f dan seorang yang dituduh  meriwayatkan hadith palsu daripada perawi thiqah. Antaranya adalah Uthman b. Mat.ar, dia dhoe’f  menurut Abu- Hatim, al-Nasa-’-i, al-Dhahab-i dan Ibn H.ajar. Abu- Salih. Abd al-Ghafu-r al-Wa-sit.-i, menurut  al-Bukha-r-i mereka meninggalkannya dan hadithnya munkar (تركوه وهو منكر الحديث). Ibn A’diy berkata:  Dia  dhoe’f dan hadithnya munkar (ضعيف منكر الحديث). Al-Nasa’i berpendapat dia متروك  الحديث. Ibn H.ibba-n pula      menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah(كان يروي الموضوعات عن    الثقات). Al-Bayhaq-i yang meriwayatkan hadith ini hanya mengatakan bahawa sanadnya dhoe’f, akan  tetapi Ibn H.ajar yang kemudian diikuti oleh al-Kannani menghukumkannya dengan palsu. (al-Bayhaqi-.  Abu Bakar Ahmad Bin al-Husayn Bin A’li al-Naisaburi. 1990. Fadh.a-’il al-awqa-t. Maktabah al-Manarah Makkah.; al-Haythami-. Nur al-Din Ali Bin Abi Bakar. 1982. Majma’ al-zawa-’id. Dar al-Kutub al-A’rabi Bairut; Ibn H.ajar. Tabyi-n al-a’jab; Al-Kannani. Tanzi-h al-shari-a’h; al-Dhahabi-Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman. T. Tarikh. Mi-za-n al-I’tida-l. Dar Ihya’ al-Kutub al-A’rabi Mesir; Ibn H.ibba-n. Muhammad Bin Hibban Bin Abi Hatim al-Busti. 1975. al-Majru-h.i-n minal-Muhaddithin wa al-dhua’fa’ wa al-matrukin. Dar al-Wa’yi Halab.

 

18

 أيما إمرأة كلحت فى وجه زوجها فهى فى سخطالله الى أن تضا حكمه وتسترضيه

Maksud “Siapa saja seorang isteri bermuka muram di muka suaminya, maka dia di dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang dan gembira kepada suaminya dan mohon kerelaannya”.

Hadith ini dihukumkan palsu kerana ia tidak terdapat di dalam sumber kitab-kitab hadith dan sanadnya   tidak dijumpai. 

Demikianlah beberapa hadis yang dipertikaikan telah tersebar dalam masyarakat kita. Semoga kita semua terselamat daripada memperkatakan sesuatu hadis yang tidak disebut oleh Rasulullah SAW.

 

Sekian Wallahu A’lam.

 

Disediakan oleh:
Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin
Sekretariat MUIS

 

15 thoughts on “Beberapa Hadis Palsu yang tersebar dalam masyarakat

  • May 11, 2010 at 5:08 pm
    Permalink

    salam..harap pihak MUIS dapat menyiarkan banyak lagi penerangan dan contoh-contoh hadith palsu yang berleluasa dalam kalangan masyarakat…jazakallah..

  • May 19, 2010 at 8:17 pm
    Permalink

    Jazakallah atas perkongsian…. jika ada lagi, boleh dikongsikan bersama… =)

  • July 13, 2010 at 10:13 am
    Permalink

    Hi Dr Fauzi
    Appreciate you can email me more info's thru my email. Do you have "facebook"?

  • August 10, 2010 at 10:24 am
    Permalink

    salam ya ustaj…sekiranya tidak keberatan ya, mohon dipaparkan hadis-hadis mutlak serta hadis-hadis muqaiyatnya sekali kerna begitu ramai ustaj-ustaj langsung aja mengeluarkan hukum dari hadis mutlak kalu gitu kan tersasar jauh……boleh ya pak ustaj.

  • April 3, 2011 at 8:53 am
    Permalink

    salam. sy ada satu persoalan. sy pernah terbaca bahawa hadis yang berbunyi "9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan" adalah hadis palsu. benarkah? boleh dipakai atau tidak hadis ini? mohon jawapan ustaz. jazakallah.

  • April 11, 2011 at 2:28 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.  Saya merujuk kepada satu persoalan yg di-ajukan oleh "nuha" pd Apr 3 2011 iaitu yg ditulis begini:
    "sy pernah terbaca bahawa hadis yang berbunyi "9/10 dari rezeki adalah dari perniagaan" adalah hadis palsu. benarkah? boleh dipakai atau tidak hadis ini? mohon jawapan ustaz. jazakallah."… 
    Terima kasih

  • July 14, 2011 at 5:34 pm
    Permalink

    salam,tuan penulis, secara jujur,saya harap tuan dapat bertanya pada ahli hadith ,kerana ada periwayatan hadith di atas adalah bersifat hassan bukan sampai 'maudhu' ' , harap  artikel ini dapat ditarik balik atas asas amanah dalam ilmu saya menegur. Terima kasih

  • August 18, 2011 at 3:24 pm
    Permalink

    Assalamualaikum Ustaz,
    Apa pendapat ustaz mengenai hadith الخلاف أمتي رحمة…
    Syukran

  • October 2, 2011 at 11:03 pm
    Permalink

    Kalau begitu hadis yang berbunyi “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu walau di negeri Cina sekalipun”. Hadis ni dah sebati dengan masyarakat kita. Kita umat islam mesti ikut Al- Quran dalam mencari ilmu.

  • October 5, 2011 at 9:57 pm
    Permalink

    ustaz bgaimana dgn hadis ini :
     
    Erti Gerak Geri Dalam Solat :
    Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bag…i yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

    1 – Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

    2 – Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

    3 – Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

    4 – Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

    5 – Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

    6 – I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

    7 – Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

    8 – Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

    9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

    1 0 – Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

    11 – Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

    12 – Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

    13 – Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

    Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

    "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

    jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

  • November 4, 2011 at 2:19 pm
    Permalink

    Assalamualaikum , apa hukum beramal dengan hadis maudhud(palsu) ?

  • November 28, 2011 at 1:29 am
    Permalink

    hubbul wathon minal iman mmg selalu digunakan oleh puak2 nasionalis

  • December 15, 2011 at 3:26 pm
    Permalink

    saya nak tanya, betul ke semua nie hadis2 yang maudu'….sumber???

  • January 24, 2012 at 10:42 am
    Permalink

    wkslm…tdk bleh beramal dgn hds palsu, sedangkan banyak lag hds shahih yg kita x teramal…

  • April 14, 2014 at 10:31 pm
    Permalink

    Assalamualaikum Ustaz, boleh betulkan al-Bani kepada al-Albani atau Albani. Saya pernah dengar ada orang cakap kalau al-‘Bani’ tu ulama syiah. Wallahu alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *