Solat jamaah dalam dua bangunan

Assalamualaikum ustaz,

Saya seorang mahasiswa di sebuah universiti, dan saya tinggal di asrama. Di sini terdapat sebuah surau di luar kawasan asrama tetapi mempunyai ruang yang sangat terhad. Surau ini terletak di bahagian tingkat 3 di sebuah bangunan di sini. Jadi saya ingin bertanya sama ada bolehkah kami pelajar lelaki sembahyang di bahagian atas dan perempuan di bahagian bawah(aras 2) tetapi berimamkan imam di atas?

Jawapan:

الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

Isu ini  masuk dalam bab solat berjemaah di bangunan yang statusnya bukan masjid

Dalam mazhab Shafie , ia perlu menepati syarat berikut untuk menjadikan berjamaah itu sah iaitu:-

  1. Jemaah boleh mendapatkan imam dengan tidak membelakangkan qiblat .Contohnya jika makmum ingin datang menghampiri imam dia tidak berpusing sehingga dadanya membelakangkan kiblat tetapi harus ia berjalan mengiri atau menganan .
  2. Mesti ada ‘rabitah ‘ penghubung(orang perantara) antara jemaah atas dan jemaah di bawah .

Kesimpulannya jika solat itu dilakukan dalam dua tingkat yang berbeza maka hendaklah dilakukan secara jemaah berasing .Maksudnya orang lelaki dengan jemaahnya tesendiri dan imamnya tersendiri manakala jemaah perempuan pun dengan jemaahnya tersendiri.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *