Letak gambar muslimah di Facebook

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه أجمعين

وبعد,

Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:

عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم

Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :

عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه

Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)

Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:

Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)

Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir

قال  : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.

“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan

Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun  menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hadith menyebut :

انما الأعمال بالنيات

Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat

Kaidah feqh menyebut :

الأمور بمقاصدها

Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

11 thoughts on “Letak gambar muslimah di Facebook

  • April 6, 2010 at 10:31 pm
    Permalink

    Alhamdulillah.jelas skali..syukran.~

  • April 7, 2010 at 2:49 pm
    Permalink

    Salam. saya ada 2 soalan

    1. apa hukumnya bagi lelaki meletakkan gambar di facebook?
    2. apakah boleh suami isteri meletakkan gambar di facebook andai gambar tersebut boleh mendatangkan fitnah.sbg contoh gambar perkahwinan atau berbulan madu yg keterlaluan. gambar2 tersebut bukan shj keterlaluan bahkan gambar2 pengantin umumnya bertabaruj baik lelaki mahupun wanita.

  • April 7, 2010 at 6:42 pm
    Permalink

    Habistu, kat tempat lain di internet, pejabat, sekolah etc pun sama laa tak boleh, kan? Macamana pulak kalau kita suka2 tampal gambar org lain?

  • April 8, 2010 at 8:14 am
    Permalink

    saudari Jamaliah

    1.antara hikmahnya wanita difokuskan di dalam al quran dalam penjagaan aurat ialah wanita sangat dijaga kemuliaannya oleh Islam dan fitrahnya mempunyai daya yang tinggi untuk mencairkan ketahanan iman orang lelaki .

    2.Jika gambar itu ada unsur-unsur diharamkan oleh shara’ maka tetap tak boleh walaupun gambar itu gambar seorang lelaki , suami isteri dsb.

    saudara zakir

    semua gambar itu diletak di mana-mana tempat isunya sama sahaja ..kalau ia mengandungi perkara yang ditegah ..maka tak bolehlah.

    tapi Zakir kena baca dan faham artikel sepenuhnya .Kita kena tahu tak boleh sebab apa dan dalam keadaan apa yang tak boleh kalau b oleh sebab apa dan keadaan apa yang boleh .

  • June 3, 2010 at 11:55 pm
    Permalink

    assalamualikum,,,sye nk tanya,,,macam mana kalau orang lain yang masukkn gambar kite?contohnye kawan2 saya memasukkn gambar sya di facebook tnpa saya ketahui,,,terima ksih…:)

  • August 31, 2010 at 10:19 am
    Permalink

    salam..kalau letak gambar baby leh x???

  • Pingback: Hukum – Letak gambar muslimah di Facebook

  • January 29, 2011 at 1:02 pm
    Permalink

    salam ustaz,apakah hukum seorang perempuan menghantar mesej kepada kawan lelaki yang bukan muhrim?contohnya,bertanya khabar dan sebagainya..ana harap ustaz boleh jelaskan..syukran..

  • Pingback: SIHIR GAMBAR DI FACEBOOK dan STRATEGI SYAITAN « kaymamablog

  • May 8, 2011 at 8:16 pm
    Permalink

    Salam Ustaz,
    Apakah hukumnya seseorg itu meletak gambar yg tidak menutup aurat (e.g perempuan tidak memakai tudung) pada zaman kanak2 nya? Seperti saya meletak gambar2 sy masa kecil kat Facebook. adakah berdosa?

  • December 8, 2011 at 2:46 pm
    Permalink

    Assalamualaikum,
    hmm nak tanya..even bkn dlm laman sosial mcm facebook,twitter semua tu kt luar org lain still blh tgk muka kta jgk kan..xkn kta nak pkai topeng kot jumpa org spy org xnmpk muka kta khususnya bg lelaki yg bkn mahram lah..saya agak keliru d sni..kalau nak pakai purdah saya mmg xpakai purdah..saya hanya sekadar bertudung seperti kebanyakan org..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *