IbadahSoal Jawab

Berwudhu’ untuk sentuh Al-Quran

Assalamualaikum ustaz,
Benarkah kita perlu ada wudhuk untuk memegang Al-Qur’an. Jika betul, apakah dalil-dalil mengatakan kita perlu ada wudhuk untuk pegang Al-Qur’an. Sesetengah orang takut memegang Al-Qur’an apabila mereka tidak dalam wudhuk, apatah lagi membacanya. Minta pandangan.

Jawapan:

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia adalah sebuah kitab suci yang mengandungi keseluruhan jawapan persoalan manusia di sarwajagat ini. Justeru menjadi keutamaan manusia untuk merujuk, membaca dan meneliti segala isi kandungan ayat-ayat al-Quran dalam pelbagai dimensi demi kesejehteraan manusia keseluruhanya.

Kitab-kitab utama mazhab dalam Islam, menjelaskan tidak membenarkan untuk seseorang Muslim menyentuh Mushaf atau al-Quran dalam keadaan tidak berwudhuk atau berhadas. Empat Mazhab terkemuka dalam Islam mengutarakan pendapat yang sama berhubung perkara ini berdasarkan  sebuah hadith  Sahih;

حديث عمرو بن حزم رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم كتب إلى أهل اليمن : ” أنْ لاَ يَمَسَّ القرآن إلا طاهر ” وهو حديث جيد له طرق يَشُدُّ بعضها بعضاً

Bermaksud:

Dari Amr bin Hazm, r.a.  “ bahawa Nabi SAW telah mengutus surat kepada orang-orang Yaman: “Sesungguhnya jangan kamu  menyentuh al-Quran kecuali dalam keadaan bersuci,”.

Kesimpulan daripada Hadith ini, menjelaskan bahawa tidak dibenarkan menyentuh al-Quran melainkan dalam keadaan bersuci daripada sebarang hadas, samada hadas kecil mahupun hadas  besar, walaupun sentuhan itu sekadar  untuk memindahkan mushaf atau al-quran dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pendapat Jumhur al-‘Ulama’ pula berpandangan membenarkan  sentuhan al-Quran sekiranya menggunakan lapik atau alas.

Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang yang menghafal al-Quran atau orang perseorangan untuk membaca ayat-ayat al-Quran dalam keadaan berhadas, selagi mana tidak berlaku sentuhan dengan al-Quran.

Sekian  والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman
Ahli Panel MUIS

3 thoughts on “Berwudhu’ untuk sentuh Al-Quran

  • Pingback: القرآن الكريم

  • abu mus'ab

    assalaamualaikum wbt.
    ada yang mengatakan boleh menyentuh mushaf al-quran dan terjemahan (contoh: al-quran darul iman) tanpa wudhu' sebab ia bukan 100% mushaf al-quran.
    mohon penjelasan.
    jazakallaah khayr.

  • salam, sedikit pandangan dan tidak berniat utk berjidal.

    tak silap didlm mazhab hanafi memebenarkan tanpa wudhu’ kerana wajhu dilalah pada perkataan ‘THOHIR’ dari hadis tersebut dan dari ayat quran – akhir surah waqi’ah merujuk kpd suci dr kekufuran dan bukan daripada hadas kecil, jadi dibenarkan mengikut pandangan hanafi.

    wallahu a’alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *