Wireless Percuma

Assalamualaikum ustaz,

Nak tanya soalan,
apakah hukum guna internet wireless orang lain tanpa pengetahuan si empunya ? contohnya jiran sebelah ada router internet wireless, kemudian dapat dicapai oleh laptop di rumah saya, boleh tak saya pakai jika boleh digunakan dan masuk internet secara percuma ?
tolong jelaskan sebab perkara ni agak mengelirukan takut2 mengambil hak orang lain. macam mana ustaz ?

Jawapan:

Apabila seseorang menggunakan wireless modem dia diberi pilihan untuk meletakkan password (secured network) bermakna untuk dirinya sahaja atau orang lain yang diberitahu passwordnya, atau tanpa password (unsecured network) bermakna sesiapa sahaja yang dapat ‘line’nya boleh menggunakannya tanpa sekatan. Dari situ difahami bahawa kalau seseorang itu tidak meletakkan password, bermakna dia memberi kebenaran kepada orang lain untuk menggunakannya. Lagipun  bayaran bulanannya tidak berubah, samada dia pakai seorang ke atau ada orang lain lagi yang pakai. Jadi hukumnya adalah harus selagimana tidak memudaratkan tuan punya wireless. Oleh itu, janganlah kita download berlebihan seperti menggunakan torrent  dan sebagainya yang akan menyebabkan pemilik wireless tersebut mencapai limit perkhidmtannya dan akibatnya talian internet  menjadi lambat.

Sekian

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA

10 thoughts on “Wireless Percuma

  • March 22, 2010 at 10:09 am
    Permalink

    tp bukankah lebih beradab dan lebih diyakini halalnya jika minta izin?…………mungkin saja org tu tak perasan utk letak password, tp tak menunjukkan dia memberi izin pd org lain…………………..
    nak keluar rumah pun kita minta izin mak ayah apatah lg wireless org lain……………………

  • March 22, 2010 at 1:47 pm
    Permalink

    mungkin kita tgk tempat la kot. kalau business area, e.g. kat kedai2 sepatutnya orang2 yang set up the thing tahulah utk buat password. dan biasanya kalau kat kedai2 makan ni, owner akan letak password. so kalau tak letak tu mutual agreement la.

    tapi kalau kat rumah2 jiran tu taktau la. kalau jiran boleh je tanya sambil2 tu boleh eratkan silaturrahim.

  • March 22, 2010 at 5:42 pm
    Permalink

    Jawaban yang diberi adalah disegi hukum boleh atau tidak. Jika dilihat dari sudut yang mana lebih baik, memang benar adalah lebih baik dan beradab kita minta izin darinya, tetapi kadang-kadang kita tidak tahu siapa empunya wireless tersebut. Kedapatan rumah kawasan taman, 2 atau 3 buah rumah jiran yang memasang wireless.
    Ayat “mungkin saja org tu tak perasan utk letak password, tp tak menunjukkan dia memberi izin pd org lain……”, ini ayat berbentuk agakan dan tidak boleh dibuat hujah dalam bab hukum pada kes di atas. Jadi perkataan lebih baik seperti diatas sudah memadai kerana memakai perinsip ‘ihtiathi’ dalam beramal.

    Perbahasan di sini mungkin boleh dikaitkan perbincangan ulama mengenai menggambil manfaat cahaya lampu jiran di waktu malam untuk membaca, berteduh pada bayang-bayang pokok kepunyaan jiran yang tinggu merimbun dsbnya.

    saya kurang faham ‘wajah syabah’ mengaitkan kes ini dengan kes nak keluar rumah kena minta izin mak ayah. Mungkin boleh detailkan untuk menambah kefahaman.

    sekian
    ustaz ahmad zainal abidin
    s/u muis

  • March 23, 2010 at 11:50 am
    Permalink

    Salam,

    Pada pandangan saya mengambil lampu jiran itu tidak boleh disamakan kepada wireless internet. Apabila orang lain menggunakan internet org lain, ia menyebabkan internet pemilik internet menjadi slow.

    Internet bukanlah perkara2 yg dithabitkan dalil menjadi kepunyaan ramai bahkan tidak boleh diqiaskan sama sekali dgn perkara yang thabit. Ini adalah kerana cth2 milik ramai yg pernah diberi Rasulullah seperti air, rumput dan jalan adalah semuanya bersumberkan dari Allah tanpa usaha. Adapun yang melibatkan usaha dan kewangan seperti tanah yang dibeli, air yg dibeli dan rumput yg dibeli, konsep hak milik bersama tidak terpakai. Begitu juga internet yg dibayar.

    Apabila seseorang tidak meletakkan password bukanlah dilalah yang menunjukkan bahawa ia harus dimiliki orang lain.

    Oleh kerana itu, pada saya qaidah ‘pemilik harta berhak keatas hartanya’ itu wajib diambil pakai yakni perlulah diminta izin pemilik harta. Sebagaimana harta rakan2 kita yang diletak tanpa jagaan kita diharamkan mengambilnya tanpa izin, begitu juga internet.

    Kesimpulan: Harta persendirian ada yg terdedah untuk dicuri dan ada yang tidak. Keterdedahan tidak membawa maksud boleh dicuri, meskipun daripada segi hukum jinayah hudud, tidak cukup syarat.

    Perkataan ana boleh dibahaskan.

    Wallahu ‘alam.

  • March 24, 2010 at 10:33 am
    Permalink

    w’salam;
    al-hamdulillah saya sungguh gembira dgn penglibatan saudara Sharaf
    sebenarnya kita sedang mengikuti tradisi ulama sebelum ini, mereka bermunaqasyah untuk menyelesaikan masalah hukum yg timbul. Selepas perbincangan lahirlah “yg lebih sahih”, “yang rajih”, “yang asoh di sisi ashabuna” dll.

    Setakat ini jawaban yang diberi oleh ahli panel di atas perlu diperkemas dengan komentar dari saudara yang memperkenalkan dirinya sebagai “bertanya”, dengan menambah di akhir jawaban ayat “adalah lebih baik minta izin………..”.

    Ok, merujuk point yg dibawa oleh saudara Sharaf, komen saya adalah seperti berikut:

    1) saya setuju bahawa kes ini tidak sama 100% dengan kes mengambil lampu jiran kerana apabila orang lain menggunakan internet org lain, ia menyebabkan pemilik internet menjadi slow.
    Oleh kerana kes ini tidak sama 100% jawaban ahli panel di atas boleh guna tetapi dengan syarat tidak sampai memudharatkan pemilik line internet tersebut (rujuk jawaban di atas). Syarat tersebut adalah penting dalam kes ini kerana utk menampung bahagian yg tidak sama dalam kes cahaya lampu dan kesan speed internet tersebut.
    Jadi persoalan di sini adakah saudara Sharaf bersetuju atau tidak dengan syarat ini. Di sini mungkin ada titik perbezaan dan mungkin di sini nak pakai kaedah سد الذرائع . Ini satu sudut penghujahan lain pula.

    2) Ayat saudara Sharaf “Internet bukanlah perkara2 yg dithabitkan dalil menjadi kepunyaan ramai … (hinga ayat)…. Apabila seseorang tidak meletakkan password bukanlah dilalah yang menunjukkan bahawa ia harus dimiliki orang lain.” adalah dirujuk.

    Di sini mungkin kita berbeza sudut pandangan. Ok, berdasar kaedah المعروف عرفا كالمشروط شرطا
    sudah makruf bermula dengan line astro, segala jenis line hand phone, dan berbagai-bagai jenis golombang lagi, mereka akan menggunakan kaedah tertentu apabila mereka tidak mahu kemudahan tersebut digunakan oleh orang lain. Ia sudah menjadi kaedah umum seperti kaedah di atas jika anda tidak mahu membenarkan ia digunakan oleh orang lain, anda yang bertanggungjawab perlu meletakkan password dan sebagainya. Bebanan tindakan adalah terletak pada pemilik bukan pada orang lain.
    Jadi apabila diamnya pemilik dalam kes line internet maka ia perlu dirujuk kepada kaedah di atas.
    Kaedah di atas adalah hujah dalam kes ini.
    Mungkin timbul pemilik line tersebut jahil, maka kejahilannya kembali kepada dirinya sendiri bukan memberi kesan hukum kepada orang lain dalam kes ini.

    3) Merujuk kaedah ‘pemilik harta berhak keatas hartanya’, saya tiada khilaf di sini. Tetapi dengan kaedah المعروف عرفا كالمشروط شرطا , maka pemilik harta perlu membuat langkah perlu jika dia tidak mahu orang lain menyentuh hartanya. Bebanan tindakan adalah ke atas dirinya berdasar kaedah ini.

    4) Kesimpulan yang dibuat oleh saudara Sharaf adalah bersifat umum. Kes yg dibincangkan adalah bersifat specific. Jadi perbincangan keharusan menggunakan line internet orang lain kembali kepada point perbincangan no 1 hingga 3.

    Setakat ini dahulu daripada saya. Hanya Allah swt sahaja yg sempurna ilmuNya.

    wassalam
    Setiausaha MUIS

  • March 24, 2010 at 1:07 pm
    Permalink

    salam;

    rupa-rupanya perkara yg kita bincang telah dibincangkan oleh ulama2 di tempat lain.
    Ya, memang masalah ini ada khilaf dikalangan ulama. Yg kata boleh berdasar kefahaman hadis bukhori dan muslim dengan syarat-syarat yg disebut dalam perbincangan mereka. Syarat2 ini yg ingin saya pertegaskan sebab keharusannya.
    Yg kata tak boleh lebih kepada mengambil hak orang lain tanpa izin dan wujud kemudharatan. Di sini saya copy paste pandangan yg kata boleh seperti berikut:

    لو فرضنا انتفاء كل هذه العوامل فيجوز حينئذ استعمال اشتراكات الجيران في هذه المنفعة التي تجري العادة بالسماح فيها من باب حديث النبي صلى الله عليه وسلم ( لَا يَمْنَعْ جَارٌ جَارَهُ أَنْ يَغْرِزَ خَشَبَهُ فِي جِدَارِهِ ) رواه البخاري (2463) ومسلم (1609)

    فيجوز للجار أن يضرب خشبة على جدار الجار لأنها لا تضر الجار، ويستفيد منها هو، فلو فرضنا أن لا ضرر في الاستعمال، ولا تحميل أموال ولا فوات أشياء على أصحاب الشركة فحينئذ لا بأس أن تستعمل الشبكة في هذه الحالة. انتهى.. [4]

    Jadi, jika anda rasa tak sedap dan sebagainya, pakailah pandangan yang kata tak boleh. Yang nak pakai pandangan yg kata boleh kenalah ikut syarat2nya (tidak memudharatkan pemilik, tidak menambah kos kewangan, tidak merugikan service provider).

    Bagi yg ingin melihat secara lebih detail perbincangan ulama dalam masalah ini silalah pergi ke website berikut:

    http://www.wifilab. net/wifi/ -othermenu- 41/189-stealing- wifi-of-neighbor s.html

    sekian wassalam
    setiausaha MUIS

  • March 26, 2010 at 6:45 am
    Permalink

    Salam..

    Saya pernah ada pengalaman ni.. Ada orang tanya saya, saya ada minta izin tak untuk guna wireless percuma tu.. Saya pun rasa kurang yakin, dan terus pergi minta izin tuan punya wireless( sy tahu tuan punya tu siapa sebab ada nama network dia ), dan tuan punya tu cakap , ‘ if you can access our internet, feel free to use it’ =)

    Jadi pada pendapat saya, kalau rasa kurang yakin tu, terus saja minta izin.. baru rasa tenang nak guna internet percuma, tapi jangan donlod lebih2 pulak ye.hehe

    sekadar berkongsi cerita..

  • March 27, 2010 at 9:14 am
    Permalink

    Terima kasih kpd ikhpalmy kerana berkongsi cerita

    kpd sesiapa yg rasa tak sedap hati terhadap sesuatu perkara/perbuatan, dia perlu ikut petunjuk Nabi SAW seperti dalam hadis 40, iaitulah sabda Nabi saw:

    “دع ما يريبك إلي ما لا يريبك” وقال الترمذي حديث حسن صحيح

    Maksudnya: Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu kepada sesuatu yang tidak meragukan kamu. Berkata Imam Tirmizi: Ini adalah hadis hasan sahih.

    sekian sekadar menambah والله أعلم

    setiausaha MUIS

  • October 11, 2011 at 7:37 am
    Permalink

    Slm…
    sy ad pertanyaan,
    wireless yg sy pkai sjak 2 mggu ni kepunyaan jiran arab. namun tidak diketahui mana satu pemiliknya. Dlm keadaan sekarang,  internet sgt diperlukan utk mengetahui hal2 yg berlaku di mesir. atas sebab2 kewangan + keselamatan (tmpat jauh / x selamat), sy belum lagi mmperbaharui langganan broadband sy. 
    soalan;
    1. apakah hukum yg sesuai berdasarkan situasi sy?
    adakah HARAM (memiliki harta org lain tanpa pengetahuannya 'mencuri') atau
    adakah ianya diHARUSkan mengikut syarak
     ( asbab keselamatan = keadaan mesir baru2 ni, oktober 2011 agak membimbangkan sehingga kedutaan dan persatuan pelajar telah mengeluarkan perintah berkurung. jadi, sy menunggu msa y sesuai utk perbaharui langganan broadband sy)
     
    Syukran jiddan atas nasihat/pendapat ustz.
    wslm
     
     

  • November 27, 2011 at 12:31 am
    Permalink

    assalammualaikum…saya nak tnye…kalau kite terjumpe simkad yg tak tau sapa tuan empunye nye then kite on kan simkad2 pastu masih ade berbaki lebih dr rm10 n then kite guna… time kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *