Mengenal Karakter berdasarkan bulan kelahiran dan pandangan Dr. Fadzilah

Segala puji bagi Allah SWT pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penyampai risalah lengkap kepada seluruh manusia.

Semoga kita semua dirahmati Allah swt hendaknya.

Tulisan ini adalah respon yang merujuk kepada jawaban dalam ruangan soal jawab  yang bertajuk ‘Ulasan karakter berdasar bulan kelahiran (kalendar masihi & hijri) dan soalan tambahan dalam ruang comment oleh saudara Khairul Amri bin Tofrowaih.

Saudara Khairul Amri menulis dalam ruangan comment:
“sy ingin menambah sedikit.penceramah motivasi terkemuka, Dr. fadzilah kamsah juga ada mengeluarkan karakter2 berdasarkan bulan kelahiran…tetapi ia dibuat berdasarkan kajiannya selama beberapa tahun… dan selama kajiannya itu…org yg lahir pd bulan sekian mempunyai satu segi kesamaan yg disenaraikan oleh beliau.jadi,kalu begitu bagaimana pula?”

Sebenarnya procedure ilmu menuntut seseorang yang ingin memberi pandangan terhadap kajian seseorang, dia perlu terlebih dahulu melihat dan memahami kajian tersebut dari sumbernya yang asal, iaitu berdasar dari hasil kajian oleh pengkaji itu sendiri. Adalah tidak wajar memberi pandangan  kepada sesuatu kajian orang lain sedangkan dia tidak pernah membacanya.

Oleh itu, sebelum pihak MUIS memberi pandangan kepada persoalan saudara Khairul Amri di atas, pihak MUIS dengan ini memohon bantuan daripada saudara Khairul Amri agar dapat mengemukakan kepada pihak MUIS kajian lengkap yang telah dibuat oleh Dr Fadzilah mengenai perkara di atas. Jasa baik saudara Khairul Amri dalam mengemukakan kajian lengkap Dr Fadzilah diucapkan jutaan terima kasih. Insyaallah setelah membaca, meneliti dan menilai mengikut procedure ilmu usul feqah dan ilmu-ilmu yang berkaitan, pihak MUIS akan memberi pandangan mengenai kajian yang dibuat oleh Dr Fadzilah. Oleh itu sehingga tulisan ini ditulis, pihak MUIS tidak dapat memberi apa-apa komen terhadap kajian Dr Fadzilah.

Namun saya akan memberi sedikit pandangan kepada komen yang diberi oleh saudara Khairul di atas tanpa membabitkan kajian yang dibuat oleh Dr Fadzilah kerana saya sendiri belum melihat dan membacanya. Sebenarnya dalam mencari dan mengumpul karakter yang sama dari orang-orang tertentu dikalangan jutaan manusia adalah suatu yang boleh dilakukan bila ada kesungguhan dan kerajinan. Satu perkara yang perlu difikirkan, karakter karakter tertentu yang dikatakan dimiliki oleh orang-orang yang lahir dalam bulan tertentu, boleh juga didapati pada diri orang lain yang lahir pada bulan lain.

Karakter tersebut adakah disebabkan orang itu lahir pada bulan tersebut atau disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti pendidikan dua ibu bapa.  Abu Hurairah r.a pernah meriwayatkan hadis seperti di bawah.

قال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه

Maksudnya:

Nabi SAW telah berkata: “Setiap yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci), maka kedua ibubapanya yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (Riwayat Bukhori).

Hadis di atas jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam mencorak anaknya. Jadi pihak MUIS ingin melihat method kajian yang dibuat bagaimana tarik lahir atau bulan kelahiran boleh menentukan karakter seseorang anak.

Setakat ini dahulu respon saya dan pihak MUIS akan memberi pandangan lebih terperinci setelah memperolehi kajian lengkap yang dibuat oleh Dr Fadzilah.

Sekian, Allah sahaja yang sempurna ilmunya. Wallahu A’lam.

Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

One thought on “Mengenal Karakter berdasarkan bulan kelahiran dan pandangan Dr. Fadzilah

  • March 3, 2011 at 3:21 am
    Permalink

    Salam.   maaf kerana saya tidak setuju dgn ulasan karakter yg dibuat oleh datuk Fadhilah Kamsah walau pun dikatakan ianya dibuat setelah melalui kajian sepanjang karier datuk. Ia masih berbau horoskop yg dipercayai oleh ramai anak2 muda hari.  Dengan anak2 muda membaca dan percayainya mereka akan buat perbandingan dan menguatkan kepercayaan kpd horoskop. Ini boleh menggugatkan iman mereka. Saya rasa elok pihak tuan nasihat Datuk Fadhillah jangan teruskan penyebarannya. Lebih banyak mudharat dari munfaat ! 
    kepada datuk Fadhillah, stick to your motivational talk, dont go astray ……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *