Memakai baju bergambar
Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya apakah hukum kita memakai baju yang mempunyai gambar seperti haiwan dan manusia ketika solat.?Apakah ianya haram.Sebagai contoh memakai pakaian seragam yang mempunyai logo harimau malaya pada sisi poket.Mohon penjelasan
Jawapan:
Apabila kita mengadap Allah swt, kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian yang mempunyai gambar-gambar makhluk bernyawa seperti binatang dan manusia hendaklah dijauhi kerana terdapat larangan dalam hadis riwayat al-Bukhari (3226) dan Muslim (2160) daripada Abi Talhah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Malaikat tidak memasuki rumah yang ada padanya gambar”.
Walaupun terdapat khilaf pada tafsiran gambar tersebut, namun menjauhinya adalah lebih utama kerana ada pendapat yang mengatakan haram seperti fatwa Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat. Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa. [RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179] Lebih-lebih lagi kalau dalam solat jemaah kerana akan mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Tetapi jika gambar atau logo itu kecil, hukumnya tetap haram tetapi dimaaf pada syara’ kerana darurah, dengan syarat bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang. Tetapi adalah lebih baik dia memakai pakaian lain jika ada.
Sekian
Wallahu A’lam.
Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA
Pingback: Busana Muslim
salam…
adakah situasi ini sama dengan gambar haiwan yg hanya dilukis? haiwan yang dilukis tersebut tidak mempunyai cukup sifat…contoh seperti gambar rama-rama yg tiada kaki…
sekian,
salam;
sila lihat jawaban di bahagian arkib mengenai memakai baju yg ada lambang salib. Sudah dijawab di sana. Mengenai lambang puma pula, jawabannya seperti dalam perengan terakhir jawaban di atas.
sekian wassalam
s/u muis
salam, kepada s/u muis, soalan arif perlukan lebih penjelasan bekenaan isu lambang cross, red devil.
sila rujuk jawapan diberi, tidak diulas berkenaan isu itu
berdasarkan jawapan diatas, saya anggap boleh beli/pakai jersi yang ada lambang logo puma. kalau salah, harap dibetulkan
sekian
apa yg ditimbulkan telah terkandung dalam jawaban yg diberi
sekian
s/u muis
Alhamdulillah, jelas. Bagaimana pula dengan jersi2 bola sepak ? i.e. Jersi England ada lambang cross walaupun palang cross tu ada di tengah-tengah, Jersi Manchester United lambang the Devil or Syaitan, dan lambang PUMA. Kadang-kala lambang-lambang ni hanya kecil sahaja dan tidak menyerupai haiwan yg cukup sifat. Maaf sekiranya pertanyaan saya ni hanya mengetengahkan isu-isu yg remeh-temeh. Tapi yang remeh ni jika dipandang ringan boleh membawa dosa yg tidak pernah pun kita ketahui sebelum ni kerana jahil atau sebagainya. Terima kasih atas jawapannya. Assalamualaikum.