Makanan pemberian non-muslim

Assalamualaikum~

Saya nak tanya apakah hukum makan makanan yg diberi oleh golongan non- muslim kepada muslim yang secara zahirnya adalah halal?

Jika housemate saya yang non-muslim kasi makanan bagaimana nak deal dengan perkara ni?

Jawapan:

Secara umumnya memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan (halal) jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai (binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie) dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut jika pada zahirnya ia adalah makanan yang bukan dibuat daripada atau kandungannya mengandungi elemen yang haram sebagaimana disebutkan, walaupun makanan itu dibuat atau dimasak atau disediakan oleh mereka sendiri.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.

Jadi saudara boleh menerima pemberian makanan yang diberikan oleh rakan sebilik saudara yang bukan Islam itu bahkan saudara boleh memakannya, jika pada zahirnya makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan yang haram.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:

Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA

One thought on “Makanan pemberian non-muslim

  • March 16, 2010 at 1:59 pm
    Permalink

    Salam, ustaz…ana pernah dengar hadith berkenaan dgn memakan makanan yg disediakan ahli kitab (Yahudi & Nasrani) dgn syarat baca bismillah sblum makan, tanpa perlu menyelidiki samaada ia disembelih dgn menyebut nama Allah atau tidak…betul ke hadith ni? dan bagaimana pulak dgn makanan yg disediakan oleh bukan ahli kitab (buddha, org pedalaman (animisme) dll. agama bukan ahli kitab?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *