Bagaimana Nikah Muta’ah Terjadi? (Siri 1)

Pendahuluan

Asal artikel ini ditulis oleh Maulana Asri Yusof. Sebentar tadi kira-kira jam 12.45pm bertarikh 16/3/2010, saya telah menelefon Maulana Asri meminta izin daripada beliau untuk menyiar semula tulisannya. Al-Hamdulillah beliau telah mengizinkannya.

Saya berpendapat artikel ini perlu disiarkan semula kerana kedapatan umat Islam di Malaysia telah terpengaruh dengan nikah muta'ah dan menganggap ia sebahagian daripada perkahwinan yang diiktiraf. Sedangkan sebenarnya ia adalah perkahwinan yang ditolak oleh mazhab yang empat. Saya akan menyiarkan tulisan Maulana Asri dengan melakukan adaptasi mengikut keperluan.

Kedudukan Muta'ah dalam ajaran Syiah

1) AL-Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad AL-Baqir bahawa beliau berkata: "Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj'ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat utk menghukum orang-orang yg menentang dan memusuhi ahlul Bait) dan tidak menganggap halal muta'ah kita".
(Rujukan: Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.458, syeikh Abbas AL-Qummi-Muntaha AL-Amal j.2 hal.34).

2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar As Shadiq katanya; "Sesungguhnya Allah Tabarakawataala telah mengharamkan segala bentuk minuman yg memabukkan ke atas syiah kita dan menggantikannya dengan muta'ah."
(Rujukan: Ibnu Babwaih Al-Qummi- Man Laa Yahdhurul Faqih J.3 hal.467, Al-Murru Al Amili-Wasaailu As Syiah j.14 hal.438).

Keutamaan dan Fadhilat Nikah Muta'ah menurut Syiah.
Untuk menggalakkan amalan muta'ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadis-hadis palsu atas nama para Imam 12 mereka dan atas nama Nabi saw.

Antaranya:

i) Mereka meriwayatkan dari Nabi saw bahawa baginda saw bersabda: "Sesiapa yg keluar dari dunia (mati) dlm keadaan tidak pernah melakukan muta'ah, ia akan datang pada hari qiamat dalam keadaan rompong." (Mullah Fathullah Kasyaani-Tafsir Manhaj As-Shadiqin jz 2 hal 489).

ii) Ketika Nabi saw mikraj ke langit, baginda saw telah ditemui Jibril seraya berkata: Wahai Muhammad, Allah Tabarakawataala berkata: Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yg telah melakukan muta'ah dgn perempuan dari kalangan umatmu. (Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.463, Wasaailu As-Syiah j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar j.100 hal 306).

iii) Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari Ayahnya dari Muhammad al-Baqir, katanya, "Aku berkata kepada Muhammad al-Baqir; Adakah orang yg melakukan muta'ah itu mendapat pahala? Muhammad al-Baqir berkata: "Ya kalau ia melakukan muta'ah dgn niat kerana Allah dan sebagai bantahan terhadap orang yg tidak menerimanya, maka tiada sepatah perkataan pun yg diucapkannya kpd perempuan yg dilakukan muta'ah dgnnya melainkan Allah Tabarakawataala
menuliskan utknya satu kebajikan dan tiada dihulurkannya tangannya kpd perempuan itu melainkan ditulis Allah satu kebajikan utknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu nescaya Allah ampunkan satu dosanya. Apabila ia mandi, Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu yg dilalui air di atas tubuhnya. "Maka aku pun berkata (ayah Soleh), "Sebanyak bulu ditubuh?" Muhammad al-Baqir berkata: "Ya, sebanyak bilangan bulu ditubuh orang itu."
(Man Laa Yahdhurul Faqih j.3 hal.463, Wasaailu As Syiah j.14 hal.442, Biharu Al-Anwar j.100 hal 306)

bersambung…

Disiar semula dengan adaptasi oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *